10 Tanda-tanda Kehamilan

Kehamilan adalah merupakan satu saat yang sememangnya diidamkan oleh setiap wanita. Namun adakalanya, wanita seringkali tidak mengetahui dirinya sedang hamil terutamanya di awal peringkat kehamilan. Berikut adalah beberapa tanda awal kehamilan yang perlu diketahui.

 

This-may-be-the-symptoms-of-stomach-cancer

Mengidam

Perubahan selera makan yang mendadak boleh dijadikan salah satu petanda kehamilan. Walaupun ini tidak boleh dijadikan garis penentuan kehamilan, tetapi jika ianya diikuti dengan tanda-tanda lain (sila rujuk ciri-ciri seterusnya), segeralah berjumpa dengan doctor anda untuk pengesahan.

Perubahan pada bahagian puting

Jika anda mula melihat perubahan pada payudara anda terutamanya warna bahagian putting payudara, ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon pada awal kehamilan. Warna puting akan menjadi lebih gelap dan akan terasa lebih sensitif.

Tompokan darah dan kekejangan perut

Tompokan darah boleh berlaku seawal seminggu kehamilan. Ini kadang-kala diikuti juga oleh sedikit kekejangan seperti anda sedang mengalami haid. Proses ini adalah normal ketika sel telur mula melekat pada dinding rahim.

Sering buang air kecil

Perubahan hormon ketika hamil adalah biasa dan ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap sistem pencernaan badan anda. Dengan perubahan itu, sejajar dengan pembesaran bayi anda, ini akan memberi tekanan terhadap pundi kencing dan seterusnya menyebabkan anda mengunjugi tandas berulang kali.

Merasa letih

Pasa masa tertentu, anda mungkin akan merasa penat yang amat sekali. Ini juga adalah normal ketika hamil akibat perubahan hormon progesterone. Dalam masa yang sama, kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga boleh menyumbang kepada gejala penat ini.

Perubahan pada payudara

Perkara ini juga seringkali dilalui ketika mengalami kedatangan haid di mana, payudara akan kelihatan tegang, membesar, membengkak, sakit dan mudah sensitif terhadap sentuhan.

 

Perubahan deria rasa dan bau

Pada awal kehamilan, anda mungkin akan mengalami deria rasa dan bau yang tajam terutamanya terhadap bau-bauan yang tertentu. Makanan yang anda suka mungkin menjadi sesuatu yang amat memualkan manakala makanan yang anda tidak suka sebelum hamil mungkin akan menjadi sesuatu yang menyenangkan.

Mabuk hamil

Ini adalah salah satu petanda yang kerap-kali menjadi pengukur tanda kehamilan. Mabuk hamil selalunya akan melibatkan rasa loya, muntah-muntah dan kadang-kala ketidakselesaan perut. Keadaan ini tidak semestinya dilalui oleh setiap wanita yang baru hamil kerana setiap wanita adalah berbeza ketika melalui kehamilan. Begitu juga dengan masa terjadinya mabuk hamil, ia tidak semestinya berlaku di waktu pagi kerana ia juga boleh berlaku di waktu petang atau malam.

Perubahan kitaran haid

Petanda ketara sekali ketika hamil adalah kitaran haid yang tiba-tiba lambat atau terhenti. Ini akan menjadi lebih ketara jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur.

 

Positif ujian hamil

Jika anda masih ragu dengan semua petanda di atas, cubalah menggunakan alat ujian hamil untuk memastikan kehamilan anda. Walaupun cara ini tidak memberi kepastian yang penuh, ia masih boleh membantu anda kerana ujian ini memberi ketepatan 95%-99%.

.

.

.

.

Sumber dari : my.theasianparent.com

.

.

.

Pertama kali hamil? Tak tahu mana nak cari seluar untuk dipakai ketika hamil? Klik >SINI<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest