550_101737474

Sejak hamil, anda sudah bijak menguruskan apakah keperluan anda dan si manja dalam kandungan. Kini, apabila kandungan menjangkau usia 37 minggu, anda harus menyediakan pelbagai benda seperti kelengkapan diri anda dan bayi sebelum ke hospital pula.

Bukan apa, nanti bila-bila masa saja anda akan berasa sakit untuk bersalin. Ketika itu, pasangan anda pasti kelam-kabut dan panik.

Lebih baik anda sediakan kelengkapan diri dan benda wajib ini dalam satu beg dan tinggalkan dalam kereta siap-siap. Nanti mudah, anda boleh terus ke hospital.

Sesetengah hospital memberikan beberapa kelengkapan diri buat anda dan bayi. Namun, terdapat beberapa hospital yang langsung tidak menyediakan sebarang kelengkapan.

Jadi, mari semak apa anda harus bawa:

Kelengkapan diri untuk anda

1. Maklumat perlindungan perubatan

Bawa maklumat perlindungan perubatan anda untuk memudahkan proses pendaftaran.

2. Cermin Mata

Jangan pakai kanta lekap ketika ingin bersalin, ia bawa banyak masalah!

3. Blaus/Bathrobe

Kebanyakan hospital akan menyediakan gown untuk bersalin. Tapi anda boleh bawa blaus/bathrobe yang selesa buat anda.

4. Bra untuk menyusu

Payudara anda akan membengkak selepas bersalin. Jadi pilih bra yang selesa dan memudahkan proses penyusuan. Breast pads boleh menyerap cecair yang keluar.

5. Selipar dan stokin tebal

Lantai di hospital licin. Untuk menjaga keselamatan malah memudahkan anda, bawa selipar yang mudah disarung.

Stokin tebal mungkin disediakan oleh hospital. Namun, anda tidak mahu berasa sejuk ketika ingin bersalin, kan? Jadi, lebih baik bawa sendiri!

6. Benda buat anda tenang (bantal & muzik)

Anda boleh bawa bantal atau pilih muzik anda sendiri untuk dibawa ke hospital. Mendengar muzik ketika bersalin dikatakan mampu menenangkan ibu dan memudahkan proses bersalin.

7. Seluar dalam dan pad wanita hamil

Sediakan beberapa helai seluar dalam untuk wanita hamil. Pastikan bekalan seluar dalam ini mencukupi kerana khuatir dikotori darah nifas! Bawa pad untuk bersalin jika risau terlalu banyak pengaliran darah nifas.

Lebih mudah jika anda bawa seluar dalam pakai buang! Senang nak buang nanti!

8. Minyak urut

Sakit akibat kontraksi boleh dilegakan dengan sapuan minyak urut.

9. Perkakas Mandi

Jangan lupa perkakas mandi anda! Ubat gigi, berus gigi, lip balm, deodoran, sikat, alat mekap dan getah rambut.

Selalunya, hospital akan menyediakan sabun mandi, syampu dan losyen. Tapi anda boleh bawa pilihan sendiri.

10. Pakaian salin

Jangan lupa pakaian salin anda untuk pulang ke rumah. Pilih pakaian dari kain cotton yang selesa dan besar.

11. Tuala

Dua helai tuala wajib ada dalam beg anda! Satu tuala muka untuk mengelap peluh. Satu lagi tuala besar yang boleh anda simpan dalam kereta ketika bertolak ke hospital (mungkin air ketuban pecah dalam kereta).

12. Buku nota & pen

Anda harus ketahui sesi menyusu bagi bayi anda. Oleh itu, anda perlu buku nota dan pen untuk mencatat maklumat ini. Anda juga boleh menyoal doktor dan jururawat tentang sesuatu.

13. Makanan

Mana mungkin anda lupa akan makanan! Saat tenaga anda hilang kerana bertarung untuk bersalin, anda perlu makan untuk menambah tenaga. Bawa kurma, roti gandum dan sebagainya.

Selepas menyediakan barang keperluan untuk anda, jangan dilupa dengan kehadiran bayi yang anda kandung itu! Dalam tak sabar menanti kehadiran si istimewa ini, anda pasti sudah mengemas barangannya bukan?

Mari semak sekali lagi kelengkapan diri untuk bayi yang perlu anda sediakan —

Kelengkapan diri untuk bayi

1. Tempat duduk kereta

Jangan lupa pasang tempat duduk kereta untuk bayi! Anda boleh mengendong bayi anda, tapi pasang tempat duduk khas buat bayi dalam kereta adalah untuk mematuhi undang-undang!

2. Barangan untuk menyusu

Jika anda pilih untuk menyusu, jangan lupa bawa barangan menyusu seperti bra dan pad.

3. Susu formula dan botol susu bayi

Jika anda pilih untuk tidak menyusu.

4. Selimut

Hospital akan menyediakan selimut untuk bayi anda selepas bersalin. Tapi anda perlu selimut sendiri ketika ingin membawa bayi anda pulang. Jangan biar mereka kesejukan!

5. Barangan lampin

Lampin, pin untuk lampin dan sebagainya.

6. Barangan bayi

Kulit bayi anda amat sensitif. Maka, sediakan cotton balls, minyak untuk ruam lampin, sabun yang lembut, berus rambut dan termometer.

Semoga semuanya berjalan lancar. Selamat menjalani kehidupan baru sebagai seorang ibu bapa dan tahniah atas anugerah Tuhan itu!

.

.

.

.

Sumber dari : theasianparent.com

.

.

Salah satu pakaian yang anda perlukan tentulah skirt maternity dari The Palazzo Expert juga, tengok >SINI<

Pin It on Pinterest