HARI IBU : Hadiah Yang Terbaik Untuk Memastikan Keselesaan & Kebahagiaan Ibu Anda

mothers-day-canada

Semua orang mempunyai seorang ibu, dan dia bersabar dengan kita dalam semua detik – dari kita dilahirkan hinggalah meningkat remaja dan fasa ‘self-discovery’, dan seterusnya.

Sama ada dia sentiasa menyokong keputusan kita atau ada sekali sekala pendapat dia bercanggah dengan kita, ibu kita sentiasa menjadi yang terpenting dan terbaik di hati kita. Malu la kita jika tidak menunjukkan beliau sedikit penghargaan sebagai tanda terima kasih telah menjaga kita dengan penuh sabar. Yang tidak hanya dengan mencari hadiah Hari Ibu yang terbaik, ia juga bermakna kita harus merancang terlebih dahulu untuk memastikan dia dapat menyambut Hari Ibu yang terbaik.

 

====================================================================

BILAKAH HARI IBU ?

====================================================================

Sekiranya anda terlupa, Hari Ibu dah tak lama dah – tetapi jangan risau. Semuanya atas diri kita. Jika anda masih tidak pasti tentang bagaimana anda nak memanjakan ibu anda, jangan stress, anda mempunyai masa untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hari Ibu jatuh pada 14 Mei, Ahad tahun ini. Jadi anda masih mempunyai masa untuk membuat persiapan.

 

====================================================================

TIPS MENCARI HADIAH YANG PALING COOL

====================================================================

 

  • Bajet : Yang pasti anda tidak perlu menghabiskan duit sampai ke tiga empat angka untuk membeli hadiah yang ibu anda suka. Malah, dia mungkin lebih suka sesuatu yang boleh dikenang dan bukannya sesuatu yang mewah. Kami syorkan anda stay dengan bajet peribadi yang anda rasa selesa, terutamanya jika anda mempunyai sebuah family yang besar yang memerlukan perbelanjaan yang banyk atau jika anda merancang untuk mengiringi hadiah anda tu dengan makan malam istimewa bersama ibu anda.

 

  • Personaliti : Fikirkan tentang apa yang ibu anda minat sebelum anda mula membeli-belah. Jika dia suka untuk memasak, buku masakan mungkin yang terbaik untuk dia. Jika dia lebih kepada seorang yang suka menghias rumah, boleh lah belikan barang-barang perhiasan rumah yang cantik-cantik. Adakah dia gemar menghabiskan pagi Ahad dia dengan menghirup kopi dan meneliti isu terbaru surat khabar atau majalah-majalah? Ibu anda mempunyai hobi yang suka mengumpul barang, contoh seperti ‘mug’? Ya anda boleh pertimbangkan untuk memberikan mug baru yang belum ada dalam koleksi dia. Selama anda mengambil kira tentang personalitinya semasa membeli-belah, ia lebih mudah untuk memilih dengan hadiah yang sesuai.

 

  • Peribadi : Jika anda merancang terlebih dahulu, hadiah peribadi untuk ibu adalah salah satu cara utama untuk menunjukkan yang anda mengambil berat tentangnya. Tidak seperti hadiah yang cepat yang anda boleh dapatkan di pusat membeli-belah, sesuatu yang peribadi akan lebih memberi kesan – walaupun ia sesuatu yang simple seperti potrait keluarga yang dibingkaikan dengan cantik.

 

  • Saat akhir : Kami faham. Kadang-kadang hidup ni banyak sangat benda perlus settle dalam satu-satu masa kan dan hanya hadiah saat akhir yang mampu anda buat. Nasib baik, terima kasih kepada yang membuat servis penghantaran 1 hari dan sedikit kreativiti dari pihak kami, masih ada satu pilihan besar di luar sana untuk pembeli saat akhir, iaitu perkhidmatan penghantaran flower bouquet atau chocolate bouquet bagi ibu-ibu yang gemarkan manisan atau juga make-up bouquet bagi ibu-ibu yang gemar make-up.

 

====================================================================

HADIAH TERBAIK UNTUK IBU

====================================================================

 

Ibu adalah wira. Pada Hari Ibu tahun ni, tunjukkan kepada ibu anda betapa anda sayangkan dia dan pertimbangkan 5 Idea Hadiah Tebrbaik untuk ibu tersayang.

 

1. Blouse & Seluar Kegemaran Dia

Ibu-ibu sering tidak mendapat peluang untuk dress up dan memakai baju yang cantik dan selesa kegemaran mereka. Apa kata tahun ni and hadiahkan ibu anda dengan blouse dan seluar yang sedap dipakai dan selesa untuk mereka. Mesti diorang seronok dapat gayakan baju baru dan boleh tambah koleksi baju dalam almari diorang.

 

 

2. Mom’s Dream Come True

 

16cd8989ec7b98e0fd017ed461ca6ceb

Sama ada seorang ibu yang baru atau yang berpengalaman, masa untuk relaxing tidak  datang selalu. Ubahnya tahun ini dengan membuat surprise kepada ibu anda dengan hari memanjakan diri. Jadualkan percutian hujung minggu atau booking body massage atau facial treatment untuk diorang di spa. Hadiahkan bersama set wangian bersama dengan nota comel untuk memperincikan lagi hadiah istimewa tu.

 

 

3. Katakannya Dalam Bentuk Penulisan Atau Percakapan

Kadang-kadang ibu-ibu ni tidak mahu hadiah rumit, atau sekurang-kurangnya itulah apa yang mereka akan katakan. Kalau terjadi macam ni, gunakan alat tulis yang anda ada. Jika anda tidak dapat bersama dengan ibu anda, pertimbangkan dengan menghantar beliau nota comel menerusi mesej atau aplikasi whatsapp. Ataupun paling mudah, call je terus ibu anda dan ucapkan segalanya untuk membuat hari beliau terasa bermakna.

 

4. Totes

 

ECB012-gorgeous-mom-canvas-bag-mothers-day-gifts-cute-grocery-bag-tote-bag-for-mom_20_281_29

Sama ada kita di keluar berkelah bersama keluarga atau hanya keluar jalan-jalan, setiap ibu tahu kepentingan beg tote yang sangat boleh diharapkan. Beg tote ni selalunya mempunyai banyak poket yang sempurna untuk organize segala-galanya daripada gincu kegemarannya sehinggalah makanan ringan untuk kanak-kanak. Cari beg tote yang dibuat daripada kain kanvas yang tahan lama. Beg tote ni adalah paling sesuai untuk ibu-ibu yang jenis ‘on-the-go mom’.

 

5. Tudung

Anda juga boleh menghadiahkan ibu anda dengan tudung instant yang banyak di jual di pasaran sekaranag ni. Jangan tak tahu, ibu-ibu sekarang ada jugak yang teringin nak pakai tudung-tudung lawa fesyen sekarang ni. Tapi yelah diorang mungkin tak pandai sangat nk belit-belit tudung macam orang muda ni kan. So why not kita belikan diorang tudung instant yang lawa-lawa. Senang sikit untuk diorang pakai, just sarungkan je. Mesti diorang rasa seronok dapat pakai tudung yang up to date.

Mother’s Day tahun ni dah tak lama dah tapi masih ada banyak masa lagi untuk anda shopping. Semoga apa yang kami kongsikan ni dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk membeli hadiah yang terbaik untuk ibu anda. So, HAPPY MOTHER’S DAY TO ALL MOTHERS AROUND THE WORLD 🙂

 

a-mothers-day-wish

Tercari-cari seluar yang sesuai untuk hadiah hari ibu anda? Meh klik >>SINI<<

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest