3 Kehebatan Kurma Sebagai Penambah Susu Badan Ibu

Susu-Ibu

Kurma yang menjadi makanan sunnah dapat membantu para ibu di luar sana menambah bekalan susu badan secara sihat dan semulajadi !

 

Ramai antara kita tahu tentang kebaikan buah kurma untuk badan kita. Ianya juga makanan sunnah. Malah, ramai pakar nutrisi telah mengkategorikan kurma sebagai superfood. Ianya kaya dengan pelbagai nutrien dan khasiat. Tetapi, adakah anda tahu kehebatan kurma untuk meningkatkan susu badan? Haa..kalau anda mahu tahu lanjut, teruskan membaca ya!

Kurma Sebagai Pemanis Makanan Sejak Dari Zaman Dahulu Lagi

Seorang penulis, Hilary Jacobson, ada menulis dalam bukunya yang bertajuk Mother Food yang pokok kurma dianggap sebagai pokok suci pada zaman dahulu.

Beliau turut menambah yang penghasilan susu badan menyingkirkan tahap gula dalam darah.

Disebabkan itu, amat penting bagi ibu menyusu untuk menambah semula gula dalam sistem badan.

Tetapi, berbanding mengambil gula yang diproses, adalah lebih baik kalau kita kembali kepada cara perubatan dan pemakanan lama dari Mesir, India, atau Cina yang menggunakan manisan semulajadi. Kurma adalah salah satu daripadanya !

Oleh kerana kurma membantu untuk menaikkan tahap gula dalam badan, maka kita juga secara tidak langsung membantu meningkatkan proses penghasilan susu ibu !

3 Kehebatan Kurma Sebagai Penambah Susu Badan

1. Mengandungi nutrien tryptophan

Kalau anda hendak tahu, kurma mengandungi satu nutrien yang dikenali sebagai tryptophan. Ia merupakan salah satu daripada 10 asid amino penting yang badan kita perlukan untuk membina protein.

Malah, ia menggalakkan pengeluaran hormon serotonin. Serotonin ini pula membantu proses laktasi, iaitu proses penghasilan susu badan !

Tidak cukup dengan itu, serotonin yang terhasil ini juga akan menyekat penghasilan Dopamine yang membantut penghasilan susu.

 

2. Tinggi kandungan kalsium

Para ibu yang menyusukan anak selepas kedatangan haid selalunya akan perasan yang penghasilan susu badan akan berkurangan beberapa ketika sebelum kedatangan period tersebut.

Jadi, bagaimana untuk menambahkan susu badan? Dengan mengambil kurma, anda membekalkan diri anda dengan zat kalsium yang mencukupi.

Berapa banyak kurma yang perlu diambil? Untuk pengetahuan anda, 100g kurma boleh memberikan sehingga 6.5% bekalan kalsium yang disarankan sehari.

3. Sumber zat besi dan potasium yang hebat

Kurma juga merupakan pembekal zat besi yang baik buat para ibu yang menyusukan anak. Setiap 100g kurma mengandungi kira-kira 11% bekalan zat besi yang kita patut ambil setiap hari! Tinggi, bukan?

Potasium juga tinggi dalam buah kurma (16% untuk setiap 100g). Selain bagus untuk susu badan, ia juga membantu menstabilkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.

Maknanya, jika anda menjadikan buah kurma sebagai snek harian ketika menyusukan anak, badan anda akan menerima semua nutrien dan khasiat yang penting.

Ia seterusnya membantu menambahkan bekalan susu badan buat si kecil anda.

 

 

kurma

 

Kurma – Makanan Sunnah Yang Hebat

Senang ceritanya, kurma memang bagus untuk anda. Ia membantu memberikan tenaga dan menjadi sumber gula dan serat yang bagus.

Apa lagi khasiat yang ada dalam buah kurma ini ya? Kurma juga mengandungi :

  • Fosforus
  • Sodium
  • Magnesium
  • Zink
  • Vitamin riboflavin, thiamin, folat, Vitamin A, Vitamin K dan banyak lagi !

Manfaat Lain Buah Kurma

Pasti ada hikmahnya mengapa buah kurma dianggap sebagai makanan sunnah. Selain membantu dalam proses laktasi, ia juga dapat membantu anda mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Kurma ini bagus untuk :

  • Masalah sembelit
  • Kekuatan tulang
  • Masalah kekurangan darah (anemia)
  • Alergik
  • Penambah tenaga
  • Penguat tenaga batin
  • Rabun Malam
  • Cirit birit

Jadi, jom lengkapkan dapur kita dengan buah kurma. Ia bukan sahaja sedap dimakan tetapi dapat membantu para ibu memperbanyakkan susu badan dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh !

.

.

.

.

Kredit : the asian parent

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

.

.

.

Tercari-cari SKIRT SELESA untuk dipakai sepanjang kehamilan? Klik sini > MATERNITY SKIRT <

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest