3 Tips Elak Sembelit Ketika Hamil

Gejala-Sembelit-Saat-Hamil-e1457392016379

Sembelit atau susah buang air besar sering dialami oleh wanita hamil.

Sembelit adalah masalah bengkak urat pada bahagian dubur dan ia menyerang wanita hamil disebabkan oleh tekanan janin terhadap saluran darah (vena) pada dubur.

Sembelit merupakan masalah biasa untuk wanita hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini kerana perubahan hormon semasa hamil akan memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman.

Tips Elak Sembelit Ketika Hamil

 

1. Amalkan pemakanan yang sihat

Makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, buah-buahan serta sayur-sayuran dapat mengelakkan daripada berlakunya sembelit. Oleh itu,makanlah kumpulan makanan ini setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, cuba masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.

 

2. Minum air secukupnya

Selain itu,amalkan minum air  masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Anda juga boleh membuat jus buah-buahan seperti jus prun untuk kepelbagaian.

 

 

3. Bersenam

Amalkan pergerakan dan bersenam setiap hari seperti berbasikal atau berjalan kaki kerana ia didapati dapat mempercepatkan proses pencernaan dalam usus. Malah yoga juga dapat membantu. Tetapi anda dinasihatkan untuk menjaga pergerakan dengan baik dan tidak terlalu laju ketika berjalan.

 

Kesimpulan

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika berlarutan ia boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lain. Amalkan cara pemakanan yang sihat beserta pengambilan makanan pelengkap yang dibekalkan oleh doktor.

.

.

.

.

Kredit : wom

.

.

Perlukan SKIRT untuk ibu mengandung? Yang selesa dan mudah untuk bergerak? Puan boleh tengok >SINI<

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest