4 Cara Terbaik Menegur Anak Bila Buat Silap. Jangan Sampai ‘Sentap’

Mother talking seriously with young son

 

Emosi anak-anak yang sedang membesar perlu sentiasa dijaga. Jangan bandingkan anak-anak zaman gajet sekarang dengan kita yang membesar dengan ibu bapa yang selalu marah-marah, rotan dan tengking zaman dulu-dulu. Tapi masih boleh berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Anak-anak yang lahir zaman kini tak sama macam generasi dulu. Anak-anak dulu hidup aktif dan lasak dengan permainan di sekeliling mereka seperti hutan, pokok, sungai, tanah dan sebagainya. Itu menjadikan anak-anak generasi dulu sangat kental fizikal dan mental. Kena marah dan rotan dengan ibu bapa pun masih berjiwa besar

Tapi anak-anak sekarang zaman lahir sahaja sudah kenal apa itu ‘hand phone’, ‘selfie’, PSP dan macam-macam gajet lagi. Jadi mereka membesar sebagai anak yang manja dan tidak lasak. Oleh itu cara didikan juga perlu sedikit berbeza tapi bukan bermakna tak boleh marah, tegur atau rotan sama sekali. Cuma perlu pada nada suara yang terkawal dan denda yang masuk akal bersesuaian dengan kesalahan mereka.

Oleh itu kalau nak tegur kalau mereka buat silap pun perlu ada caranya.

 

1. Tekankan pada kelakuan anak, bukan peribadinya

Semua anak dilahirkan pandai dan baik. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan peribadi mereka. Bila mereka buat silap jangan marahkan peribadi anak sebaliknya beritahu yang anda marahkan kelakuannya yang salah bukan dirinya. Jangan sampai anak fikir ibu atau ayah marah sebab bencikan dia.

 

2. Meninggikan suara hanya perlu

Penggunaan ‘pitching’ suara yang tinggi hanya boleh digunakan dalam situasi cemas yang boleh membahayakan anak. Kalau setakat marah-marah biasa tak perlu menjerit macam ‘singa’. Takut hanya mengganggu sel-sel otak anak yang sedang berkembang jadi terbantut. Akibatnya anak membesar sebagai seorang individuu yang pasif, murung, pendiam dan penakut.

 

3. Elakkan gertak bohong

Kalau bagi amaran baik anda laksanakan betul-betul. Jangan nanti si kecil jadi tak hairan pun dengan amaran ibu atau ayah sebab tahu anda tak akan melaksanakan amaran tersebut kalau mereka buat salah. Jika anda menengurnya sekali, anda boleh mengulangnya sekali lagi. Tetapi kalau terufan itu masih tak dihiraukan, peritmbangkan hukuman secara bijak. Contohnya dengan “mengambil’ barangan yang disayangi anak.

 

4. Menegur atau memarahi dengan berhemah

Bila menegur atau memarahi anak buat silap mestilah tidak mengikut perasaan hingga habis kita ungkit dan cakap yang bukan-bukan. Maklumlah bila hati sudah marah, kita lupa yang dimarah itu cuma anak kecil yang tak faham apa-apa lagi. Biarlah marah itu hanya pada kesalahan yang mereka lakukan pada waktu itu. Elakkan juga cepat ‘naik tangan’ pada anak. Nanti anda juga yang akan menyesal. Kalau perlu juga memukul mereka, lakukan pada anggota yang dibolehkan untuk mendidik.

.

.

.

.

Sumber dari : Pa&Ma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest