4 Petua Anak Bijak Menulis

Perasan atau tidak, kadang-kadang anak suka meniru gaya seperti orang dewasa. Ini kerana anak ingin menerokai dunia dan ingin mempelajari pelbagai kemahiran dari orang dewasa. Jom, guna kaedah bermain sebagai salah satu melatih anak bijak menulis.

Child writing on book

1. Bermain Doh

Permainan ini wajib dimiliki si manja. Bermain doh tanah liat akan melembutkan otot tangan dan melatih mata dan tangan bekerjasama dalam mencapai misi imaginasi.Aktiviti ini juga membantu anak agar terbiasa menggenggam dan memegang pensil dengan betul

 

2.  Melukis

Biarkan si manja melukis dan melakar sesuka hati. Aktiviti ini membantu si manja mendapat genggaman dan posisi siku dan lengan yang bersesuaian.

 

 

3.  Bermain Cat Air

Melatih kemahiran koordinasi mata dan tangan. Sifat cat cair yang cair dan lembut melatih si manja mengawal pergerakan tangan dan menyokong pergerakan tangan si manja. Biarkan sahaja dia bermain menggunakan tangan.

 

4. Mewarna

Aktiviti yang asas ini menguatkan genggaman dan pergerakan tangan mereka. Beri galakan agar mereka mewarnakan pelbagai saiz dan bentuk objek untuk meningkatkan daya kreativiti anak anda.

 

Dengan melakukan kaedah di atas bersama si kecil, ia bukan sahaja meningkat kemahiran menulisnya.Bahkan turut mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anak.Si kecil biasnaya inginkan perhatian ibu bapa, jika tidak, mereka akan memberontak untuk dapatkannya.

.

.

.

.

Sumber dari : www.wom.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest