4 Sebab Utama Perlu Elak Pakai Pakaian Ketat Ketika Mengandung

Kehamilan boleh menyebabkan tubuh wanita berubah bentuk dan saiz beberapa kali sebelum kelahiran bayi. Ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi seorang wanita untuk bangun dan tidak dapat butang seluar yang dipakai malam sebelumnya. Kadang-kadang pakaian tidak selesa & ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan (discomfort) ke pemakainya yang sedang hamil.
 
Heartburn (Pedih ulu hati)
 
Pusat Perubatan Wanita & Bayi California menunjukkan bahawa memakai pakaian yang ketat, terutama di BAHAGIAN PINGGANG boleh menyebabkan pedih ulu hati. Pedih hulu hati atau refluks asid adalah ketidakselesaan biasa semasa mengandung.
 
Ini berlaku disebabkan oleh pencernaan yang perlahan daripada peningkatan progesteron dalam badan semasa mengandung. Apabila makanan belum tercerna dalam perut berada lebih lama di dalam perut kerana kelambatan proses penghadaman ini, risiko ia mengalir semula ke atas meningkat. Kepenuhan dalam perut dari rahim yang semakin meningkat, kantung amnion dan bayi boleh meletakkan tekanan pada perut dan memaksa kandungan kembali ke dada juga. Tekanan daripada pakaian yang ketat menolak perut dan memaksa makanan tak tercerna itu tadi ke atas, lalu mewujudkan pedih ulu hati (heartburn).
preggy-women-in-pain
 
Jangkitan yis
 
Persatuan Kehamilan Amerika mencadangkan satu lagi kesan memakai pakaian ketat. iaitu meningkat jangkitan yis dalam faraj. Wanita hamil mengalami peningkatan dalam rembesan faraj semasa hamil. Ini, digabungkan dengan seluar dalam yang ketat, boleh mewujudkan suasana yang ‘sesuai’ untuk membolehkan yis yang secara semulajadi berlaku dalam faraj untuk “overproduce’ lalu menyebabkan jangkitan.
.
.
Sakit di Sesetengah Bahagian Badan
 
Memakai pakaian yang ketat boleh menyebabkan sakit di beberapa bahagian badan semasa mengandung. Ini termasuk bahagian perut, dada dan lengan. Saiz buah dada wanita boleh meningkat dan pemakaian bra yang ketat boleh menyebabkan sakit di dalam dada, di bawah lengan dan belakang. Sebagai seorang wanita yang semakin menghampiri hari bersalin, payudara boleh menjadi lebih mudah terdedah kepada sakit atau komplikasi daripada coli ketat.
 
Ini adalah kerana buah dada dalam proses persiaan untuk laktasi (penyusuan) apabila bayi dilahirkan. Memberi tekanan di dalam satu kawasan payudara terlalu lama boleh menyebabkan saluran susu tersumbat walaupun sebelum wanita itu mula menyusukan anak. Hasilnya boleh menjadi sakit, kemerahan dan simpulan.
preg-women-in-pain
 
Mengurangkan Edaran Darah
 
Memakai pakaian yang ketat, sama ada hamil / tidak, boleh melambatkan peredaran darah dalam badan. Pada awal kehamilan saluran darah wanita berkembang sebagai persediaan untuk penigkatan isipadu darah bagi menyalurkan untuk plasenta dan bayi. Sebelum isipadu darah meningkat untuk mengisi salur darah, seorang wanita boleh mengalami hypertension, tekanan darah rendah, dengan mudah sahaja. Contoh ini termasuk berdiri dengan cepat daripada posisi melutut, duduk atau baring. Memakai pakaian ketat di bahagian seperti lengan dan paha, boleh memotong peredaran darah lalu menyebabkan kebas atau kesakitan yg menyucuk-nyucuk.
aid4947734-728px-control-cramps-during-pregnancy-step-1
 
Kesimpulan: Untuk memastikan KESELESAAN sepanjang tempoh mengandung, biasakan diri memakai pakaian yang lebih ‘loose’, selesa & nyaman. Ibu mengandung yang SELESA akan membawa kepada pertumbuhan kandungan yg SELESA juga insyaAllah 🙂
 
Klik sini untuk artikel asal.
 
*** Ingin PAKAIAN MENGANDUNG SANGAT SELESA? Check out PROMO KAMI INI 😉 <3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest