5 Cara Bersihkan Rumah Dengan Pantas

pricearea_artikel_1-500x285

 

 

Perhatikan rumah anda di sekeliling, sama-ada semak atau teratur. Jom ketahui cara kemas rumah dengan pantas di sini..

Membersihkan atau mengemas rumah dengan pantas biasanya hanya akan dilakukan jika rumah kita bakal menerima kunjungan tetamu. Masa itulah kita akan jadi kelam kabut untuk mengemasnya dengan cepat. Jika tidak, tentu sahaja kita akan berasa malu kalau tetamu yang datang melihat keadaan rumah kita yang kotor serta berselerakkan.

 

Berikut ada beberapa tips mudah untuk membersihkan rumah dengan pantas atau cepat.  Semak!

 

1. Basuh pakaian setiap hari

Jangan tunggu hujung minggu dengan pakaian penuh dan berselerak barulah hendak dibasuh. Jadikan tabiat basuh satu ‘load’/mesin setiap hari.

Sebaik saja bangun tidur masukkan pakaian dalam mesin basuh. Selepas siap, jemur . Jikalau ada mesin pengering kain lagi bagus. Selepas pakaian sudah kering , segeralah melipatnya. Usah ditangguh!

 

2. Jadikan  kerja mengemop lantai

Salah satu tugasan yang penting adalah mengemop lantai. Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari. Seminggu sekali sudah memadai. Sebelum mengemop lantai, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah vakum lantai, supaya habuk dan sampah sarap dapat kita singkirkan.

Oleh itu kerja-kerja mengemop senang dilakukan dan sebaiknya dibuat pada ketika cuaca panas. Jika dilakukan pada waktu hujan atau tidak berapa panas, lantai akan jadi lambat kering.

 

3. Pengurusan memasak yang mudah

Kadang-kadang memasak memang memenatkan sebab apabila sebut memasak, banyak kerja-kerja yang terlibat seperti proses menyediakan bahan, membasuh pinggan mangkuk, menggelap meja, dapur dan lain-lain.

Tips yang paling mudah adalah sediakan bahan-bahan masak terlebih dahulu. Kalau rancang apa yang hendak kita masak selama seminggu, lagi bagus. Bolehlah bahan-bahan tersebut kita sediakan pda hujung minggu. Jadi, apabila bahan-bahan masakan sudah sedia,proses memasak pun akan jadi lebih mudah, cepat dan menyeronokkan.

 

4. Pengurusan kain baju yang mudah

Bila sebut kain baju, ada tiga langkah yang memang akan kita buat iaitu basuh, lipat dan susun. Tapi bahagian yang paling malas hendak buat adalah melipat baju!

Tips paling mudah dilakukan adalah sewaktu menyidai pakaian tersebut, gantung atau disangkutkan sahaja. Contohnya seperti kemeja. Ketika mengangkat pakaian, ambil kemeja tersebut dan terus sangkut dalam almari. Siap satu kerja!

 

5. Gunakan bantuan mesin

Masa kini begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah.

Contohnya penggunaan penyedut hampagas, penggunaannya lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi iaitu penyapu.

.

.

.

.

Kredit : wom

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest