5 Cara Kembalikan Kesegaran Ikan Dalam Peti Sejuk

Ikan sifatnya berbau hanyir dan mudah kecut menyebabkan ia biasanya takkan disimpan lama di dalam peti sejuk. Ikan yang disimpan lama membuatkan isinya tidak sedap lagi untuk dimakan.

Kalau nampak ikan kecut, ada cara yang patut ibu tahu untuk mengekalkan kesegeran ikan. Cuba langkah ini.

 

ikan

? Cuka 

Antara cara yang boleh memulihkan kesegaran ikan adalah dengan merendam dengan cuka. Caranya adalah keluarkan ikan daripada peti sejuk dan rendamkan dengan air seketika. Kemudian, tuangkan sedikit cuka ke dalam air rendaman ikan dan biarkan seketika.

 

? Jangan Siang Ikan 

Elakkan daripada menyiang ikan terlebih dahulu agar ia kekal segar. Selepas membeli ikan, simpan ke dalam bekas dan biarkan di dalam peti sejuk.

 

? Bekukan Hingga Jadi Ais 

Letakkan ikan di dalam bekas dan penuhkan ia dengan air sehingga menutup semua ikan sebaik sahaja menyiang dan membersihkan ikan. Biarkan ia membeku. Menarik bukan?

 

? Rendam Susu

Merendam ikan dengan susu adalah cara menghilangkan bau hanyir ikan dan memberi kembali kesegaran ikan tersebut. Sebaik sahaja dikeluarkan daripada peti sejuk, rendamkan dengan air dan letakkan sedikit susu. Lihat hasilnya selepas dibiarkan rendaman itu seketika.

 

? Garam & Kunyit 

Para ibu boleh juga mencuba tip ini. Gaul dan ratakan ikan bersama garam dan sedikit serbuk kunyit kemudian simpan dalam bekas tertutup.

.

.

.

.

Kredit : keluarga.my

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest