5 Cara Melatih Pola Tidur Bayi

Setiap bayi mempunyai pola tidur tersendiri dan biasanya berbeza dengan bayi yang lain.

Waktu tidur bayi dengan orang dewasa memang berbeza. Sebahagian besar, bayi yang baru dilahirkan akan menghabiskan waktunya untuk tidur.Namun, dengan pertambahan usia, ia akan jadi semakin berkurangan.Bayi yang baru lahir sehingga tiga bulan, biasanya menghabiskan waktu lapan jam pada siang hari untuk tidur, dan pada malam hari antara 8-9 jam. Sungguhpun begitu, bayi bukan terus menerus akan tidur, sebaliknya akan bangun untuk minum susu dan sebagainya.

Masuk usia 6-12 bulan, rata-rata waktu tidurnya 5 jam pada siang hari dan 10-12 jam pada malam hari. Manakala usia 2 tahun, rata-rata waktu tidurnya bertukar menjadi 4 jam pada siang hari dan 10-12 jam pada malam hari, dan seterusnya membentuk pola tidur tertentu yang mana waktu tidur pada siang hari akan jadi semakih berkurangan.

 

bayi-tidur

Melatih Pola Tidur Bayi

Melatih bayi tidur sendiri bukanlah sesuatu yang mudah, mungkin perlukan waktu berbulan-bulan untuk bayi tersebut menyesuaikan diri. Jangan terlalu memaksa bayi anda apabila dia nampak gelisah dan tidak boleh tidur.

 

1. Aturlah jadual tidur bayi anda pada waktu siang dan malam. Anda boleh melatih bayi sejak awal lagi agar dia faham bahawa malam hari adalah waktu tidur, dan pada siang hari adalah waktu bermain dan beraktiviti.

 

2. Pada siang hari, anda sebaiknya melakukan aktiviti menstimulasikan bayi. Ajak bayi anda bermain dan jangan biarkan ia tidur setelah menyusukannya.

 

3. Ajarkan bayi anda untuk tidur dengan sendirinya. Biarkan bayi anda tidur tanpa perlu menggendong atau mendodoikannya. Tujuannya agar bayi anda dapat tertidur kembali tanpa bantuan anda.

 

4. Ciptakan suasana tidur yang selesa, misalnya padamkan lampu yang terlalu terang dan tutup TV. Cara ini membuatkan bayi anda tahu bahawa itu merupakan salah satu signal dia perlu tidur.

 

5. Tidurkan bayi anda dengan telentang, wajah dan kepala bebas daripada selimut dan benda-benda lain. Ia mampu mencegah terjadinya ‘Suddent Infant Death Syndrome’.

 

Tanda Bayi Anda Mengantuk

  • Bayi mengosok-gosok matanya.
  • Bayi mula menguap.
  • Bayi mula menangis dan meragam.
  • Bayi lebih banyak berdiam diri dan kurang aktif.
  • Bayi tidak tertarik pada mainan dan orang di kelilingnya.

.

.

.

.

Kredit : wom

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest