5 Cara Mudah Hilangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

back-pain-during-pregnancy

Dianggarkan kira-kira 1/2 hingga 3/4 wanita hamil mengalaminya.Walau bagaimanapun, ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesakitan ini dan menghalangnya daripada menjadi masalah jangka panjang. Dengan nasihat dan rawatan yang betul, jarang bagi sakit pinggang ni menyebabkan kesukaran semasa melahirkan.

1. Senaman

Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan tekanan. Turun ke posisi merangkak dan tegakkan belakang anda. Tarik nafas dan kemudian, apabila menghembus nafas, kemutkan otot lantai pelvis. Teruskan mengemut selama 5 hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang anda. Tenangkan otot perlahan-lahan pada akhir senaman.

2. Urutan

Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh. Bongkokkan badan ke hadapan menghadap belakang kerusi atau baring mengiring. Minta suami anda mengurut bahagian bawah belakang dan otot-otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang anda perlahan-lahan. Untuk bantuan lanjut, anda boleh dapatkan khidmat ahli fisioterapi.

3. Postur Yang Baik

Jika anda mengalami kesakitan pada tulang punggung, elakkan dari duduk membongkok dan bengkokkan belakang anda sejauh yang anda rasa selesa. Cuba duduk di atas kusyen lembut.

4. Berenang

Kelas seperti ini boleh membantu melegakan sakit pinggang semasa hamil.

5. Bantal Maternity

Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji diletakkan di bawah perut dapat membantu mengurangkan sakit pinggang.

.

.

.

.

Sumber dari : cantiksihatsemulajadi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest