5 Kesan Buruk Jika Kerap Menahan Kencing

menahan-pipis-menahan-kencing-menahan-buang-air-kecil-vagina-miss-v_20161123_112735

Anda kerap menahan kencing kerana lebih mengutamakan kerja? Sebenarnya ramai antara kita yang memiliki tabiat buruk ini, terlalu fokus nak siapkan kerja sampai sanggup tahan kencing, tanpa menyedari sebenarnya ia memberi kesan buruk kepada tahap kesihatan kita.

Pembuangan air kecil (kencing) adalah salah satu proses yang menunjukkan sistem penghadaman kita bekerja secara normal. Sisa-sisa penghadaman yang sudah selesai dibersihkan oleh tubuh akan keluar melalui air kencing.

Jika kita kerap menahan kencing, ia akan menjejaskan proses pembuangan kekotoran akan meningkatkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saluran pembuangan air kecil.

 

5 Kesan Buruk Jika Kerap Menahan Kencing

1) Menghalang pembuangan sisa atau kotoran dari badan – Tabiat menahan kencing menyebabkan kita membiarkan kotoran berada lebih lama dalam badan kita. Kotoran ini sebenarnya mengandungi zat-zat yang berbahaya yang boleh menyebabkan infeksi pada tubuh badan jika dibiarkan dalam tubuh untuk tempoh yang lama.

 

2) Memberi Kesan Kepada Organ Penghadaman – Bila kita menahan kencing, secara tak langsung ia mengganggu proses penghadaman dan memberi kesan kepada organ-organ yang melancarkan proses penghadaman. Ia turut memberi kesan kepada buah pinggang dan saluran kencing.

 

3) Gangguan Proses Penghadaman – Bukan sahaja menggangu tapi menahan kencing boleh merosakkan proses penghadaman. Ia akan menyebabkan proses penghadaman yang seterusnya tidak dapat dilaksanakan dengan betul.

 

4) Risiko Penyakit dan Infeksi Pada Organ Penghadaman – Tabiat menahan kencing akan meningkatkan risiko penyakit yang berkaitan dengan organ penghadaman. Ia boleh mengakibatkan penyakit batu karang, iaitu terbentuknya batu dalam buah pinggang berpunca dari air kencing yang terkumpul bergumpal dan mengeras. Anda akan terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil. Lebih teruk lagi bila menjadi sukar untuk kencing.

 

5) Infeksi Pada Saluran Kencing – Air kencing mengandungi banyak bakteria dan kotoran yang tidak elok untuk kesihatan. Bila air kencing terkumpul lama ia akan menyebabkan infeksi pada saluran kencing berpunca dari bakteria yang melekat pada saluran kencing.

 

Bahayakan?

Untuk memastikan saluran kencing dan proses penghadaman berada pada tahap yang baik, pastikan anda mengamalkan minum air suam sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari dan elak menahan kencing untuk tempoh yang lama.

.

.

.

.

Kredit : notawanita

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest