5 Tip Hilangkan Parut Di Wajah

young beautiful healthy woman and reflection in the mirror

 

Wanita sangat mementingkan kesempurnaan wajah mereka. Oleh itu, masalah kulit menjadi satu isu kepada mereka. Apatah lagi jika masalah kulit itu meninggalkan kesan parut pada wajah. Tentunya akan menyebabkan seorang wanita itu hilang keyakinan diri dan penampilannya tampak tidak sempurna. Apakah cara yang boleh menghilangkan parut di wajah ini?

 

✔ Pisang – Gosokkan kulit pisang lemak manis pada bahagian yang berparut.

✔ Ubat Gigi – Sapukan sedikit ubat gigi pada parut anda menggunakan hujung jari.

✔ Beras – Kisarkan sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air sebelum ratakan pada wajah anda. Biar sehingga kering dan gosokkan perlahan-lahan seperti memakai skrub muka. Kemudian, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.

✔ Lidah Buaya – Basuh bersih lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya pada parut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalam dan cuci dengan air suam keesokkan harinya.

✔ Bedak Sejuk – Ambil segenggam bedak sejuk dan campurkan dengan cekur yang sudah ditumbuk halus. Sapukan bedak sejuk sebelum tidur dan amalkannya dengan kerap sehingga kesan parut hilang.

.

.

.

.

Sumber : Jelita.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest