6 Amalan Petua Untuk Dapat Bayi Yang Comel Dari Dalam Kandungan

66a3bb4c5e654248cd123a8d50f009df

Untuk dapatkan anak yang comel dan berkulit cantik, si ibu haruslah mengamalkan beberapa petua ini sejak diri disahkan hamil hinggalah saat melahirkan. Namun, ditekankan bahawa perkongsian ini sekadar petua. Jangan pula ada sifat tidak puas hati sekiranya anak yang lahir tidak seperti yang dibayangkan. Apa-apa pun, kita berusaha dahulu ya.

 

1. Amalkan Mengaji Surah Yusuf Dan Surah Maryam

Memang elok sebenarnya jika kita membaca al Quran setiap hari. Bukan semata-mata untuk lahirkan anak yang comel, tetapi juga untuk melembutkan hati anak yang dikandung.

Antara surah yang disarankan untuk ibu hamil baca ialah Surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman. Lebih bagus jika dalam tempoh sembilan bulan hamil, anda dapat khatam Quran. Namun, jangan pula amalan membaca al Quran dihentikan selepas melahirkan. Teruskan sahaja amalan mengaji dan jadikan rutin sampai bila-bila.

2. Amalkan Pemakanan Yang Seimbang Dan Sihat

Kata orang tua-tua, pemakanan sayuran hijau sangat membantu untuk anda lahirkan bayi yang berkulit cantik. Antara sayuran yang sesuai ialah bayam, dan brokoli. Sayuran jenis kekacang seperti buncis dan kacang panjang juga adalah digalakkan.

Buah-buahan seperti oren, anggur dan epal juga sangat digalakkan untuk diamalkan ketika hamil. Sayuran dan buah-buahan merupakan sumber vitamin C yang memang sangat mujarab untuk kecantikan kulit.

Kurma merupakan antara makanan pilihan untuk wanita yang sedang hamil. Selain boleh mencerdaskan minda, ia juga dikatakan boleh mencantikkan kulit bayi.

3. Minum Air Kelapa

Eh..tapi bukan kelapa yang campuran tau. Digalakkan ibu hamil meminum air kelapa yang asli, terutamanya kelapa pandan. Selain dikatakan kulit bayi menjadi cerah dan comel, ia juga dikatakan boleh melebatkan rambut dan membersihkan bayi dalam kandungan.

Lendir dan darah tidak mudah melekat pada bayi ketika saat dilahirkan.

Air kelapa sangat disarankan untuk diminum ketika kandungan memasuki tujuh bulan. Jangan pula minum ketika di awal kehamilan ya. Bahaya untuk kandungan anda.

4. Makan Telur Ayam Kampung

Telur merupakan antara sumber protein. Tetapi bukan semua jenis telur sumber protein terbaik tau. Sebagai contoh telur ayam yang telah dicucuk supaya membesar dengan cepat. Bila menggunakan kaedah ini, tentu sekali ada bahan kimia yang terlibat.

Oleh itu, amalkan mengambil telur ayam kampung sebagai ganti.

5. Tengok Gambar Bayi Yang Comel

Saya tidak pasti adakah petua ini berkesan atau tidak. Tetapi saya biasa juga dengar ibu hamil disarankan untuk tengok gambar bayi yang comel-comel setiap hari.

Orang lama-lama kata ibu hamil akan kenan gambar bayi yang setiap hari dilihatnya. Entah benar atau tidak, mungkin anda patut cuba dulu kan?

6. Minum Air Soya

Hal ini sangatlah banyak percanggahan berikutan dikatakan soya adalah tidak bagus untuk kesihatan dan juga kulit. Ya, saya sangat setuju dengan fakta ini. Namun bukan semua soya tidak bagus. Anda perlu bijak memilih soya untuk diambil ketika hamil.

Di pasaran terdapat dua jenis soya. Satu yang ditanam dan dihasilkan secara semulajadi tanpa bantuan baja dan bahan kimia. Sejenis lagi ialah soya yang dicucuk supaya buahnya cepat matang. Kebanyakan soya yang ada di pasaran adalah soya yang dicucuk dan dibaja dengan bahan kimia. Kerana itulah banyak sangat kesan buruk yang mungkin berlaku sekiranya kita meminum soya di pasaran setiap hari.

.

.

.

.

Sumber dari : diarimama.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest