6 Cara Mengatasi Rasa Cemburu Berlebihan Terhadap Pasangan

article_4641

Selalu rasa cemburu kepada pasangan? Sering bertengkar hanya kerana kamu tidak tahu bagaimana mengendalikan rasa cemburu itu? Kamu boleh menghapuskan rasa cemburu itu dengan cara ini !

.

.

.

JANGAN MENGUNGKIT MASA LALU

gz-Th

Rasa cemburu yang muncul dari dirimu boleh saja disebabkan kerana kamu pernah ada pengalaman yang tidak menyeronokkan dalam hubungan sebelumnya sehingga kamu tidak takut hal buruk seperti ini terjadi lagi di dalam hubungan dengannya sekarang. Cubalah untuk selalu berprasangka baik dan memberikan rasa percaya kepada pasanganmu. Jangan pernah sekalipun kamu mengungkit masa lalu ketika sedang cemburu kerana ia hanya akan meengeruhkan lagi keadaan dan membuat si dia merasa bahawa dia bukanlah orang yang baik untukmu.

KATAKAN DENGAN JUJUR TENTANG PERASAANMU

5707217b75f7b13c878666e6085573ed

Ketika kamu sudah mulai rasa cemburu terhadap pasanganmu, cubalah untuk berusaha mengutarakan perasaanmu yang sejujurnya kepada si dia. Jangan secara tiba-tiba kamu meluapkan amarah atau mendiamkannya tanpa penjelasan apapun kepadanya kerana itu hanya akan memberi masalah baru yang lebih besar lagi di dalam hubungan percintaanmu.

Kamu harus mengatakan perasaan cemburumu dan jelaskan juga apa yang menjadi penyebab dirimu merasa cemburu supaya kalian berdua boleh memahami antara satu sama lain serta mencari jalan penyelesaiannya bersama.

HILANGKAN KETAKUTANMU DAN PERBAIKI SIKAP

Portrait of a lovely couple looking at a red rose sitting on the sofa

Biasanya rasa cemburu itu muncul hanya kerana suatu hal yang remeh seperti ketika si dia sedang melepak bersama dengan teman-teman lamanya termasuk teman wanitanya atau kerana hal serupa lainnya. Padahal, dia sebagai pasanganmu juga mempunyai dunia lain bersama kawan-kawan selain hubungan cinta yang dia jalin bersama denganmu kerana itu, cubalah dari sekarang kamu bersikap lebih dewasa dan positif terhadapnya.

Jangan selalu berkepit dan bergantung terus kepadanya seolah kamu hanya memilikinya di dalam kehidupan sehari-hari kamu. Mulailah untuk menghilangkan ketakutanmu dengan cara menyibukkan diri atau melakukan kegiatan positif yang boleh kamu lakukan dengan orang lain selain pasanganmu, dengan cara itu kalian berdua akan jauh lebih bahagia dalam hubungan kalian dan cemburu tidak akan merosakkan hubungan mesra kalian.

.

.

.

.

Sumber : KAWAIIBEAUTYJAPAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest