6 Punca Kenapa Anda Mula Hilang Konsentrasi Ketika Bekerja/Belajar

iStock_000035696496_XXXLarge

Kurang konsentrasi atau kurang fokus pada kerja boleh menyerang sesiapa sahaja, termasuk anda yang terlalu sibuk ataupun buat-buat sibuk dalam bekerja. Situasi ini boleh menganggu aktiviti seharian anda sehingga membuatkan anda menjadi stress! Apapun aktiviti yang anda lakukan, sama ada bekerja, belajar dan sebagainya tetap memerlukan fokus dan konsentrasi yang baik.

Jom kita lihat apakah punca yang menyebabkan konsentrasi anda mula merundum jatuh.

 

  • Kurang Nutrisi

Menurunnya konsentrasi boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin dan hormone pada tubuh. Vitamin yang memainkan peranan dalam peningkatan kosentarasi adalah vitamin B12, manakala hormon utama pula adalah hormon tiroid. Kekurangan hormone tiroid memperlambatkan metabolisme dan mengurangkan aliran darah  dan pelbgaai fungsi sel di otak.

 

  • Menjelang Menopause

Wanita yang mengalami menopause mengalami gangguan daya ingat an dan kemampuan belajar boleh terjadi pada tahap awal dan akhir sebelum menopause. Menurunnya hormon estrogen pada masa menopause dikatakan menjadi penyebab hilangnya  konsentrasi seseorang.

 

  • Pola Makan Yang Tidak Sihat

Apa yang anda makan boleh memberikan impak yang besar kepada kesihatan mental dan juga peningkatan kosentrasi anda. Makanan yang tidak sihat seperti tinggi kalori, gula, garam boleh meningkatkan pelbagai penyakit kesihatan. Diet tinggi protein dan Omega-3 amat digalakkan untuk membantu meningkatkan gerak kerja serta fungsi otak anda.

 

  • Kurang Bersenam

Sekalipun anda sibuk, sebaiknya anda tetap luangkan waktu untuk bersenam, antara 20-30 minit pada setiap hari. Ia akan membantu melancarkan perjalanan darah, meningkatkan gerak kerja jantung dan melatih seluruh organ tubuh anda untuk tetap aktif bergerak. Orang yang rajin bersenam dikatakan lebih lena tidur dan kosentrasi kerja/belajarnya juga jauh lebih baik daripada mereka yang langsung tidak bersenam.

.

.

.

.

Sumber : wom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest