6 Rahsia Kecantikan Dari India Buat Rambut Cepat Panjang

india

Geram betul tengok rambut pelakon-pelakon Bollywood yang hitam bersinar, malah tebal pula tu. Agak-agaknya apa rahsia mereka sehingga mendapat rambut panjang yang sihat serta kekal bermaya sepanjang hari?

Tidak perlu sentiasa ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut, orang India nyata mempunyai rahsia mereka yang tersendiri dalam menjaga rambut sejak turun temurun lagi.

Walaupun tebal, rambut tetap mudah disisir rapi dan mengekalkan warna hitam berkilat membuatkan ramai yang cemburu melihat kecantikan rambut mereka.

Nah, tak perlu berteka-teki lagi, kami kongsikan tip-tip penjagaan rambut mengikut kebiasaan masyarakat India yang dikongsi oleh Meet Sushmita, salah seorang blogger kecantikan yang makin meningkat naik di India.

 

1.    Gunakan aloe vera

 

Is-Aloe-Vera-Good-For-Acne

Jus aloe vera dapat merangsang pertumbuhan rambut dan membantu dalam penjagaan kulit kepala. Ikuti beberapa langkah berikut untuk menyediakan pati aloe vera yang baik untuk rambut korang.

a.    Ambil beberapa keping daun aloe vera.

b.    Potong setiap daun aloe vera untuk mengeluarkan rembesan jus.

c.    Ambil lelehan jus tersebut dan sapu kan pada rambut hingga ke akarnya. Urut secara perlahan-lahan kerana dengan cara ini dapat membantu memperbaiki peredaran darah dan memastikan aloe vera tersebut dapat diserap dengan baik.

d.    Biarkan sekurang-kurangnya dua jam atau jika mahu, biarkan semalaman.

 

2.    Guna panthenol

 

drmuller_shamp_perh250

Panthenol adalah vitamin B5 sintetik yang dapat membantu meneutralkan keadaan kulit kepala dan ciri-cirinya termasuk memulihkan folikel rambut dan mencegah keguguran rambut.

a.    Basuh rambut seperti biasa.

b.    Gunakan panthenol (sama ada dalam bentuk foam atau gel) untuk membersihkan rambut dan khususnya pada bahagian akar rambut.

c.    Panthenol ini juga boleh diratakan pada keseluruhan rambut untuk mengelakkan rambut daripada kering.

 

3. Gunakan air sejuk untuk membilas rambut selepas dicuci

 

58a91b6e36f6409e7ce3ccd2_m

Amalkan basuh kepala dengan menggunakan air sejuk kerana ia dapat menutup liang dan memperbaiki peredaran darah dan seterusnya dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut.

a.    Bilas rambut seperti biasa.

b.    Selepas menggunakan perapi atau mask, bilas rambut dengan menggunakan air sejuk.

 

4. Basuh rambut dengan cuka epal

 

6956360-20-1475134853-650-93a996cc03-1492161947

Cuka epal dapat mengaktifkan folikel rambut dan ini dapat membantu untuk menjadikan rambut lebih subur dan kelihatan bermaya. Lakukan cara ini beberapa kali sebulan dan lihat sendiri hasilnya.

a.    Basuh rambut seperti biasa.

b.    Guna kan cuka epal dan bukannya perapi rambut.

c.    Jangan bilas kerana cuka epal tidak mempunyai bau yang kuat. Biarkan sehingga kering.

 

5.    Rawat dengan protein

 

image

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan protein bagi memelihara rambut akan kekal sihat dan bersinar.

a.    Ambil dua biji telur.

b.    Asingkan telur putih dan kuning. Kacaukan telur putih dan sapu kan pada keseluruhan bahagian rambut.

c.    Untuk kesan tambahan, balut kepala dengan tuala dan biarkan rambut menjadi hangat seketika.

 

6.    Gunakan minyak pati

 

484402111_wide

Minyak jojoba, badam, lavender, rosemary dan thyme mempunyai kesan yang terbaik terhadap folikel rambut dengan memberikan kulit kepala khasiat vitamin yang baik daripada komponen herba.

a.    Campurkan minyak pati yang disebut tadi ke dalam minyak kelapa.

b.    Sapukan campuran tersebut pada keseluruhan rambut dan biarkan sehingga dua atau tiga jam.

c.    Untuk mencucinya, bilas kepala anda dua kali dengan menggunakan syampu agar proses pembersihan dapat dilakukan dengan baik.

d.    Kemudian, keringkan rambut dan lakukan cara ini selama beberapa kali untuk melihat kesan yang menakjubkan.

.

.

.

.

Kredit : remaja.my

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest