7 Produk Makanan Ini Perlu Anda Elak Beli Dari Pasar Raya

.
Kita sering tidak terfikir tentang faktor risiko kesihatan apabila membeli produk-produk di pasar raya.  Mungkin terlalu percaya dengan teknik pemasaran yang dibuat, ramai di antara kita yang menganggap apa sahaja yang dijual di situ adalah produk-produk yang baik dan berkualiti.
.
Sekarang kami nak kongsikan kepada anda semua tentang beberapa produk yang lebih baik jika korang tak membelinya terus daripada pasar raya.

.

Ready-to-eat salad

GENTING HERBS GARDEN

.

Ahli bakteriologi telah memberi amaran bahawa produk makanan yang paling berbahaya di pasar raya adalah makanan yang dipotong dan dibungkus seperti salad.

Walaupun ia dilabel sebagai makanan yang sedia untuk dimakan, namun ia tetap menjadi tempat untuk bakteria bahaya merebak dan boleh mengakibatkan penyakit usus.

Salad yang ditanam pada tanah haruslah dicuci terlebih dahulu. Biarpun produk yang dijual adalah sedia untuk dimakan, namun untuk memastikan sendiri tahap kebersihan makanan korang, dinasihatkan agar salad yang dibeli itu dicuci terlebih dahulu.

So, baik korang beli salad yang belum dipotong dan buat sendiri dekat rumah la kan? Kebersihan dan kualiti akan lebih terjaga.

.

Sosej

z15442014Q,Parowki

.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menegaskan bahawa sosej dan produk-produk daging yang diproses boleh menyebabkan penyakit kanser.

Pakar-pakar juga telah mengesahkan bahawa setiap 50 gram bahagian daging yang diproses jika dimakan setiap  hari boleh meningkatkan risiko kanser kolorektal sebanyak 18 peratus.

Jadi, adalah lebih selamat kalau korang membeli daging segar dan buat la bebola daging atau sosej homemade sendiri di rumah.

.

Teh hijau dalam botol

image

.

Satu kajian telah dibuat dan menunjukkan bahawa khasiat teh hijau yang dikhabarkan seperti boleh menurunkan berat badan dan boleh mencegah kanser itu adalah tidak benar sama sekali.

Teh hijau kaya dengan antioksida dan jika ia dijual di dalam botol, kebanyakannya lebih mengandungi air dan gula dan jelas sekali minuman dalam botol tidak baik untuk kesihatan korang.

.

Makanan dengan tambahan buah-buahan

54857653-5134-4beb-b5ff-34b3ab295500--schiacciata_all-uva_food52_2

.

Roti strawberi dan yogurt buah-buahan sememangnya enak dan ada juga yang mengatakan bahawa makanan seperti ini adalah makanan yang sihat.

Namun sebaliknya, campuran buah-buahan yang terdapat dalam makanan tersebut hanyalah sedikit sebagai bahan perasa, selebihnya hanya bergantung kepada bahan perasa, pengawet dan pemekat untuk menjadi adunan lebih menyelerakan.

.

Mayones

mayonesa-hellmans-500cc

.

Mayones tradisional adalah berasaskan daripada telur, cuka, minyak sayuran dan rempah-rempah. Jika korang beli mayones yang dijual di pasar raya, ia adalah produk yang telah mengandungi bahan pengawet dan pewarna makanan.

Mayones yang dibeli mengandungi kurang lemak tetapi untuk mengekalkan rasa dan keenakannya, kanji dan gula ditambah sebagai bahan penambah rasa. Kalorinya adalah lebih kurang sama tetapi cara pembuatannya berbeza. Adalah lebih baik jika korang sediakan sendiri mayones di rumah dan tidak membelinya dari pasar raya.

.

Rempah ratus

rempah-rempah-3-300x188

.

Rempah yang dijual di pasar raya adalah campuran bersama dengan bahan-bahan yang lebih murah. Lebih baik jika korang beli rempah yang asli dan tumbuk atau kisar kan sahaja di rumah. Rempah yang baik adalah tanpa campuran bahan-bahan lain seperti natrium glutamate sebagai penambah rasa.

Walaupun tidak berbahaya, tetapi rempah yang diproses akan membuatkan hidangan makanan menjadi hambar dan tidak sesedap seperti menggunakan rempah yang asli.

.

Roti

eating-brown-bread-instead-of-roti-the-most-idiotic-nutrition-trend-in-india-652x400-1-1484055119

.

Satu lagi kegemaran kebanyakan orang adalah dengan membeli roti yang dijual di pasar raya. Ia dibakar daripada tepung yang dilunturkan secara kimia (contohnya, dengan peroksida benzoyl yang turut digunakan untuk membuat letupan dalam filem).

Kesemua doh roti yang mempunyai bahan tambahan dapat meningkatkan kualiti doh dan memanjangkan tarikh luput roti-roti tersebut. Namun tetapi, adakah bahan-bahan yang digunakan itu adalah benar-benar diperlukan?

Lebih baik korang beli roti di kedai yang benar-benar hanya membuat roti kerana dari situ, korang boleh lihat sendiri bagaimana cara mereka mengadun dan bertanyakan tentang bahan-bahan yang digunakan.

.

.

.

.

Kredit : remaja.my

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest