7 Tips Elak Badan Letih Ketika Hamil

Sepanjang proses ini, tubuh ibu sebenarnya sedang bekerja keras untuk membekalkan keperluan bagi janin yang sedang dikandungkan. Maka, jangan biarkan letih anda berterusan kerana ia boleh menjadi lebih serius dan menganggu emosi si ibu.

penat-ketika-hamil1

Cubalah 7 tip di bawah untuk kekal cergas ketika hamil.

1. Banyakkan Aktiviti Fizikal

Badan terasa semakin berat kan? Jadi inilah masanya si ibu perlu lebih banyak bergerak. Tetapi, janganlah lakukan senaman yang sukar, cukuplah sekadar aktiviti yang santai seperti berjalan di taman atau di halaman rumah.

Selain berjalan, berenang juga merupakan aktiviti senaman yang sangat sesuai dilakukan semasa kehamilan kerana badan si ibu akan berasa ringan dan terapung ketika berada di dalam air.

Tetapi, jika si ibu seorang yang aktif dan memang rajin bersukan, pastikan rutin senaman si ibu turut disesuaikan dengan kadar kehamilan.

2. Banyakkan Meminum Air Kosong

Terlalu banyak manfaat daripada air kosong ni. Letih, lesu dan mengantuk juga boleh berpunca daripada kehausan tidak kira sama ada hamil atau tidak.

Jadi, pastikan tubuh mendapat air yang secukupnya pada setiap masa. Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

3. Makan Sedikit Tetapi Kerap

Kajian telah membuktikan bahawa saiz hidangan makan yang sedikit tetapi menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak.

Maka, si ibu digalakkan untuk mengambil 5 hidangan kecil setiap hari berbanding 3 hidangan utama yang anda biasa ambil pada waktu pagi, tengahari dan malam.

Bagi yang suka mengunyah pula, isi tenaga dengan kudapan yang segar dan berkhasiat tinggi seperti kurma, badam, serta buah-buahan setiap empat jam untuk kekal cergas.

4. Bersarapan

Seseorang itu akan lebih bertenaga dan mempunyai emosi yang lebih positif pada hari tersebut dengan mengambil sarapan.

Pastikan sarapan anda kaya dengan zat besi seperti sayuran, kekacang, dan bahagian daging yang tidak berlemak (lean meat) kerana kekurangannya sering dikaitkan dengan punca letih. Pengambilan vitamin C boleh membantu proses penyerapan zat besi tersebut manakala makanan tenusu pula memberi tindakbalas yang sebaliknya jika diambil bersama.

5. Hirup Udara Segar

Hiruplah udara segar yang sedalam-dalamnya sebelum memasuki kereta untuk ke pejabat. Udara pagi mengandungi oksigen dalam jumlah yang banyak yang dapat membantu untuk meningkatkan daya tahan tubuh si ibu.

6. Mandi Dengan Kerap

Di Malaysia, faktor panas dan kelembapan akan menyebabkan kita bertambah letih dan kurang selesa akibat peluh.

Mandi sebenarnya dapat meredakan tekanan serta berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, si ibu juga digalakkan berendam di dalam kolam air suam di rumah untuk merehatkan otot-otot yang telah penat bekerja pada waktu siang.

7. Dapatkan Rehat & Tidur Yang Berkualiti

Antara punca utama letih semasa hamil ialah tidak cukup tidur malam. Kalau ada kelapangan, lelapkanlah mata seketika pada sekitar waktu tengahari.

.

.

.

.

Sumber dari : siraplimau.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest