8 Langkah Bercuti Bersama Teman

Apabila bersama rakan-rakan, waktu dirasakan sekejap sangat. Lagi menyeronokkan adalah apabila bercuti bersama rakan. Berjalan bersama, berkongsi segala keseronokan dan kesusahan bersama pastinya menjadi kenangan terindah buat anda. Namun, sebelum situasi menjadi tidak menyenangkan, lebih baik anda pertimbangkan lapan langkah bercuti bersama rakan ini. Ia dapat mengelakkan hubungan persahabatan daripada terjejas selepas itu kerana perkara kecil yang berlaku ketika bercuti bersama.

LOVE-TAZA-brooklynbridge-12

 

 

1. Tiket tanggungjawab sendiri 

Setiap orang perlu bertanggungjawab atas tiket masing-masing selepas urusan tempahan tiket. Dengan ini, kita akan lebih mengambil tahu tentang keselamatan barangan yang kita bawa.

 

2. Selesaikan segala permasalah 

Cuba selesaikan kerja yang perlu dihantar sebelum memulakan percutian. Ini agar anda tidak akan membazirkan masa rakan anda yang menunggu sehingga anda menyelesaikan baki tugasan anda. Jika anda mempunyai masalah dengan rakan yang turut serta dalam percutian, selesaikan dengan bersemuka dan berbaik-baik semula. Ini semua penting untuk melancarkan percutian anda dan mengelak perkara baru atau perselisihan faham berulang kembali.

 

3. Buat jadual percutian

Ke mana jua destinasi pilihan anda untuk bercuti, rancang jadual perjalanan sebaik mungkin. Senaraikan semua tempat yang ingin dikunjungi dan pengangkutan ke sana. Perkara ini harus dilakukan bagi menjimatkan waktu anda ketika hendak mula bercuti. Jika berbeza tempat yang ingin dituju, tentukan sahaja tempat perjumpaan. Dengan itu, semua boleh bercuti mengikut keinginan hati.

 

4. Percutian mewah atau bajet? 

Tentukan tema percutian anda. Ini membolehkan anda tahu hotel kelas apa yang akan dijadikan tempat menginap, lokasi menjamu selera dan tempat berbelanja.

 

5. Bawa penutup mata 

Mungkin kelihatan remeh, tapi item ini penting. Dengan item ini, anda boleh tidur nyenyak dalam apa jua keadaan.

 

6. Tanggungjawab bersama 

Jangan pernah sesekali menyalahkan sesiapa apabila berlaku sesuatu masalah atau percutian itu tidak seperti yang diharapkan. Persefahaman antara rakan-rakan merupakan penentu berjaya atau gagalnya percutian itu. Jadi, sentiasalah bekerjasama dan bertanggungjawab dalam segala hal bagi memastikan percutian tersebut menjadi kenangan terindah buat anda semua.

 

7. Menjaga satu sama lain 

Walaupun ada kalanya anda menyampah dengan perangai rakan anda, tapi merekalah ‘saudara’ terdekat anda di destinasi percutian anda. Lebih-lebih lagi di saat anda bercuti di luar negara. Justeru itu, jagalah antara satu sama lain sehingga selamat sampai ke rumah.

 

8. Elakkan gajet

Percutian harus dinikmati. Jangan biarkan gajet merampas segala kesempatan untuk menikmati tempat percutian yang dikunjungi. Berborak atau bertukar cerita bersama rakan di depan mata berbanding berhubung dengan mereka yang jauh. Secara tidak langsung, anda akan dapat lebih mengenali rakan anda dan berkongsi rasa seronok bersama.

.

.

.

.

Sumber : Berita Harian (1 Mac) & Google (gambar)

.

.

.

Haaa cari seluar yang sesuai and mudah untuk dibawa travel? Sesuai jugak untuk guna mandi di pantai/kolam tau. Nak tahu klik >SINI<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest