Ada Apa Di Dalam Soya?

air-soya-woman-online-magazine

Tahukah anda bahawa memilih makanan yang berasaskan soya mampu melegakan kepanasan yang disebabkan oleh faktor cuaca?

Selain daripada membantu menyejukkan badan, soya atau makanan yang berasaskan kacang juga memberi manfaat lain untuk kesihatan yang boleh diperoleh daripada diet harian.

Di Jepun, para ibu akan menghidangkan tauhu sejuk atau hiyayakko yang ditaburkan dengan serpihan bonito atau katsuobushi serta kicap pada musim panas untuk menyejukkan badan.

Hasil penyelidikan mendapati soya memainkan peranan dalam membantu melegakan osteoporosis dan kencing manis kerana mengandungi lima kelas sebatian yang dikenal pasti sebagai anti karsinogen.

Jika anda mengambil 40 gram protein soya sehari selama enam bulan, ia akan meningkatkan kandungan mineral dalam tulang. Jumlah itu bersamaan dengan satu cawan susu soya atau 113.40 gram tofu.

 

Kurang Risiko Barah

Berdasarkan analisa daripada 28 kajian yang diterbitkan di China, pengambilan makanan soya dalam bentuk tofu dan sup miso di dapati mampu mengurangkan risiko sekurang-kurangnya satu jenis barah (barah perut)

Pasukan penyelidik di Sekolah Perubatan Radiasi dan Kesihatan Awam Universiti Soochow, China membuktikan hasil penyelidikan mereka pada tahun 1998 sehingga 2008 dan mendapati bahawa soya mengandungi pelbagai kebaikan makanan. Pendapat mereka adalah terdapat sesuatu yang unik mengenai tofu dan miso serta dalam makanan yang berasaskan soya lain dan keunikkan ini yang mencegah barah perut.

 

Menyerap Perisa

Tofu adalah bahan semula jadi yang bermanfaat digunakan dalam minuman walaupun ia nampak ringkas tetapi mempunyai banyak khasiat, kata pengasas pengeluar Juice Work, Ling Mooi Li. Bukan sahaja tinggi protein, besi dan kalsium, malah tofu yang diperbuat daripada kacang soya turut mempunyai keupayaan luar biasa untuk menyerap perisa. Tambah beliau lagi, minuman ini dikenali sebagai agen anti barah dan mengurangkan paras kolestrol di dalam darah.

Pada mereka yang alah kepada soya atau makanan yang berasaskan soya, berhati-hatilah dan sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor.

 

Cara Menyimpan Tofu: 

  • Tofu yang dibungkus tidak perlu di simpan di dalam peti sejuk sebelum dibuka.
  • Simpan semua bentuk tofu di dalam bekas penyimpan sebelum memasukkannya di dalam peti sejuk.
  • Sebaik dibuka, bersihkan dan simpan di dalam bekas penyimpan yang mengandungi air di dalam peti sejuk.
  • Untuk tofu segar sehingga seminggu, tukarkan air di dalam bekas penyimpan setiap hari.

.

.

.

.

Sumber: Berita Harian (4 Mac) & Google (gambar)

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest