Ada masalah ‘double chin’? Jom cuba petua ni

Antara masalah utama wanita untuk kekal kelihatan cantik adalah dagu yang berlapis. Lapisan lemak yang menonjol di bawah dagu membuatkan kdagu kita kelihatanimages berlapis. Siapa tak impikan leher yang jinjang tanpa dagu berlapis? Pada pemikiran kita, hanya mereka yang gemuk sahaja akan mengalami dagu berlapis. Sebenarnya, lapisan lemak di bawah dagu terjadi kepada semua orang. Jadi jangan nak terus control makan ye kalau nampak dagu anda berlapis.

Ini kami kongsikan macam mana untuk menghilangkan lemak di bawah dagu secara semulajadi

 

 

 

1. Kunyah gula-gula getah 

Home-Remedies-For-Double-Chin

Selain daripada cara yang paling jimat, mengunyah gula-gula getah juga akan menghilangkan lemak dagu dan gigi menjadi bersih serta nafas menjadi segar. Apabila kita membuat gerakan mulut ketika mengunyah, secara tidak langsung kita membuatkan dagu itu bersenam.

 

2. Guna ketulan ais 

Tekapkan ketulan ais yang diletakkan di dalam kain ke bawah dagu. Tekan dan lepas sebanyak 20 hingga 30 kali. Kuit dagu akan kelihatan anjal jika diamalkan setiap hari.

 

3. Senaman wajah 

Sebut a,e,i,o,u sebanyak 40 kali sebagai senaman wajah di waktu pagi dan malam secara konsisten. Gerakan mulut yang terhasil daripada sebutan huruf tersebut mampu membentuk wajah menjadi lebih menarik.

 

4. Dongakkan kepala 

Dongakkan kepala selama 15 saat sebaik sahaja bangun dari tidur. Otot leher akan menjadi tegang selepas melakukan sebanyak 10 kali. Bahagian dagu yang berlipat akan berkurangan secara perlahan-lahan.

 

5. Jaga pemakanan 

Cara pemakanan kena kawal kalau tak mahu lemak naik. Berat badan mudah naik dengan pengambilan makanan berlemak. Jadi, elakkan makanan berlemak dan berkolestrol tinggi.

 

6. Urutan 

Urut dagu secara menaik menggunakan krim atau losen setiap kali sebelum tidur dan bangun tidur. Teknik urutan ini akan membantu memecahkan lemak dan membuatkan kulit di bawah dagu semakin anjal.

 

7. Tidur tanpa bantal 

Pada yang tidak biasa tidur terlentang, biasakan dan cuba untuk tidur tanpa bantal. Lihat hasilnya nanti.

.

.

.

.

Kredit : mingguanwanita & Google (gambar)

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest