Adab Melawat Bayi Baru Lahir

shutterstock_132600665_0

Bayi yang baru lahir sangat sensitif dengan persekitaran barunya. Jadi, kita sebagai pelawat perlu mengikuti beberapa adab yang bersesuaian dengan bayi dan juga ibunya yang dalam tempoh berpantang yang emosinya masih belum stabil.

1) Kebersihan diri

Pastikan anda berada dalam keadaan bersih sama ada fizikal dan juga pakaian anda. Bayi mempunyai sistem ketahanan diri yang rendah dan mudah dijangkiti kuman. Oleh itu, kebersihan tersangatlah penting sebelum kita menyentuh kulit bayi.

2) Kesihatan diri

Pastikan diri anda sihat dan dan tidak berada dalam keadaan demam, selsema atau batuk. Jika anda datang dalam keadaan diri yang tidak sihat boleh menyebabkan penyakit anda berpindah kepada bayi ataupun si ibu tersebut. Maklum saja, ibu yang baru melahirkan juga dalam proses pemulihan untuk kembali sihat. Mereka memerlukan persekitaran yang sihat dan bersih bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan sepanjang waktu berpantang.

3) Melawat pada waktu yang sesuai

Ibu-ibu yang baru lepas melahirkan perlukan masa rehat yang cukup. Elakkan datang melawat pada waktu yang tidak bersesuaian. Janganlah datang melawat pada waktu lewat petang, tengahari ataupun malam. Lebih-lebih lagi melawat pada waktu malam. Ianya tidak elok sama sekali buat bayi. Ini dikhuatiri, ada benda jahat yang mengikuti anda pada waktu malam ataupun lewat petang. Anda sedia maklum, makhluk yang kita tidak nampak ni sukakan bayi.

4) Nasihat yang tidak sesuai

Jika anda ingin memberikan nasihat, sebaiknya biarlah nasihat yang sesuai dan elakkan dari menjadi seorang yang berlagak pandai. Sebaiknya, semasa lawatan anda itu buallah perkara yang berkisarkan hal-hal yang menjurus kepada perkara-perkara yang berfaedah untuk si ibu dan bayi serta tidak menyentuh sensitiviti dalam proses pemulihan diri, fizikal dan emosinya. Janganlah menyinggung hati dan perasaan si ibu dengan kata-kata anda.

Sumber : Zonbayi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest