Alasan Kukuh Untuk Anda Berhenti Kerja Jika Anda Mengalami Hal Seperti Ini

Tidak dinafikan sekarang ini memang ramai individu yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mula untuk mencari pekerjaan baru.

Ada pula yang jenis masih terfikir-fikir sama ada mahu berhenti kerja atau tidak walaupun dia sudah tiada lagi rasa semangat untuk melakukan kerja itu.

 

I-Quit-1300x650-300x150

  • Sudah mula tidak suka hari Isnin

Bila sudah masuk hari Ahad sahaja, mesti anda akan mula berasa malas untuk memulakan kerja keesokkan harinya kan? Mesti rasa macam nak termuntahkan? Hehe. Haa itu sudah tahap parah tau! Mungkin anda hanya bertahan sebabkan gaji sahaja. Tapi untuk apa anda mahu menyeksa diri dan menghabiskan hidup di tempat yang anda kurang minat?

 

  • Passionate anda semakin berkurangan

Pekerjaan yang ideal adalah apabila kita dapat melakukan apa yang kita sukai. Tetapi kalau anda berjaya untuk jatuh cinta dengan kerja yang anda tidak suka, memang power lah! Kalau anda sudah mula rasa terpaksa dan mungkin juga benci dalam menyelesaikan tugas hingga mencari alasan untuk tidak datang kerja, untuk apa diteruskan lagi

 

  • Masalah pengurusan atau kewangan syarikat

Jika pengurusan sesebuah syarikat penuh dengan politik dan masalah kewangan yang tidak kukuh, lebih baik anda bertindak sekarang!

Ada juga syarikat yang tidak sensitif dengan beban kenaikan taraf hidup para pekerjanya, maka tunggu apa lagi, carilah pekerjaan lain yang lebih terjamin.

Tidak ada untungnya biarkan diri anda ‘diperah’, dibuli dan dipergunakan oleh majikan. Bukan RM yang dikejar tetapi kebajikan yang diharapkan.

 

  • Stress yang keterlaluan

Tekanan kerjaya adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang. Jika anda sudah mula mengalami stress hingga mengalami kemurungan, itu tandanya anda sudah bosan dengan pekerjaan yang dilakukan. Hanya ada 2 pilihan sahaja, ambil cuti untuk rehatkan fikiran atau berhenti terus. Pilih mana yang sesuai dengan diri anda sebab anda lebih kenal diri anda sendiri.

Ramai yang memandang ringan kesan stress ini walaupun mereka tahu ia sangat berbahaya hingga dikategorikan sebagai punca hampir kebanyakan penyakit kronik di dunia. Jangan biarkan ini terus terjadi sebab kesannya sangat besar pada kesihatan dan kehidupan sosial anda.

 

  • Hidup mati dengan kerja

Ini golongan workaholic yang hidup matinya hanya semata-mata untuk siapkan kerja. Pekerja yang cemerlang adalah pekerja yang tahu seimbangkan antara hidup dan kerjaya. Kerjaya yang hebat tidak menentukan kebahagiaan anda. Tapi kerjaya yang berkat pasti membahagiakan anda!

 

  • Merasa diri dipergunakan dan tidak dihargai

Jika sudah bertahun-tahun kerja tetapi masih tidak dinaikkan pangkat walaupun bermacam jenis kerja yang telah anda lakukan, mungkin sudah tiba masanya! Carilah kerja lain yang lebih menghargai anda dan kelulusan atau kemahiran yang anda ada. Jangan menyesal untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik.

 

  • Suka merungut tentang kerja anda

Kebanyakan yang merungut adalah tentang lambakan kerja dengan hasil gaji yang tidak lumayan atau bersesuaian dengan pekerjaan. Sangat zalim jika majikan terus memberi gaji kepada para pekerja mengikut kelulusan mereka sedangkan dunia Barat telah lama membayar gaji mengikut prestasi kerja yang ditunjukkan oleh pekerja mereka.

 

 

Sumber : Wafiqulya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest