Apa Perlu Buat Untuk Dapur Bebas Lipas?

Nak tercabut jantung bila nampak lipas ada di dapur. Euwwww! Lagi-lagi bila kita nampak lipas itu membuat ‘rumah’ di bekas bawang atau di tempat simpanan pinggan mangkuk. Sampai nak guna pinggan mangkuk pun naik geli. Lagi segan kalau ada tetamu datang ke rumah. Tak nak lah dicop sebagai pengotor pulak kan?

 

image (1)

Jom tengok petua yang dikongsikan untuk halau lipas dari dapur ini.

  • Lemon – Lipas tidak suka bau lemon. Anda boleh hiriskan lemon dan letak di tempat yang banyak lipas. Gantikan dengan lemon yang baru jika lemon yang sedia ada sudah kering.
  • Timun – Letakkan bahagian hujung atau pangkal timun di tempat sasaran.
  • Sabun Mandi – Potong sabun mandi jenis buku kepada ketulan kecil. Kemudian, letakkan sabun tersebut di kawasan yang ada lipas.
  • Buah Pelaga – Letakkan beberapa biji buah pelaga di kawasan sasaran.
  • Daun Pandan – Hiris nipis daun pandan seperti membuat bunga rampai orang kahwin. Bungkuskan hirisan tersebut di dalam uncang dan letakkan uncang berkenaan di tempat banyak lipas.

.

.

.

.

Sumber : rasa.my & Google (gambar)

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest