Apa Yang Perlu Anda Lakukan, Apabila Terkena Air Atau Minyak Panas?

Apa yang patut kita lakukan anda terjadi kemalangan seperti tiba-tiba terpercik minyak panas ketika sedang memasak atau situasi tertumpah air panas pada anak kecil? Pantas bawa mereka ke hospital? Tetapi, walau sepantas mana pun kita bergegas mendapatkan rawatan, tentunya mengambil masa melainkan rumah atau situasi tempat kejadian di sebelah hospital atau klinik.

Oleh itu, anda boleh ikhtiarkan kaedah tradisional jika berhadapan dengan situasi kemalangan ini bagi meredakan sedikit kesakitan yang dialami mangsa.

 

098307100_1446467080-luka_bakar_anak

Jom kita lihat bahan-bahan yang biasanya ada di dalam dapur ini untuk rawatan segera jika berlakunya tumpahan air panas atau percikan minyak panas.

 

TELUR MENTAH 

Ini adalah petua bagaimana merawat kulit melecur dengan menggunakan telur mentah. Pecahkan sebiji telur di dalam bekas dan kacau. Gunakan kapas lembut untuk sapukan telur pada bahagian yang melecur. Rasa panas akan bertukar menjadi sejuk dan rasa sakit akan berkurangan. Sapukan lapisan kedua dan seterusnya selepas sapuan kering. Ulang cara ini setiap kali lapisan kering atau sehingga telur habis digunakan. Jika dilakukan dengan segera, kesan lecur akan tidak kelihatan langsung.

 

TEPUNG 

Tidak kisah tepung apa pun, segera dapatkan tepung dan lumurkan dengan berhati-hati ke tempat yang melecur. Rasa panas akan reda dan akan rasa lebih selesa. Tepung membantu agar kulit tidak melepuh. Biarkan dan jangan dibasuh sehingga mendapat rawatan di hospital.

 

AIR GARAM 

Boleh juga membancuh larutan pekat atau likat garam jika tidak menjumpai telur atau tepung. Sapukan larutan garam tadi perlahan ke tempat melecur dan biarkan ia kering. Jangan basuh dengan air walaupun telah kering. Rasa panas dan pijar akan hilang sedikit demi sedikit.

 

PELEPAH PISANG 

Sesiapa yang ada tanam pokok pisang di belakang rumah, bolehlah menggunakan cara ini. Sapukan getah pelepah pisang dengan rata ke bahagian yang melecur. Jangan sesekali membiarkan kulit yang terkena minyak panas dengan air kerana bahagian kulit tersebut akan melepuh dan akan rasa lebih sakit.

 

SERBUK KOPI

Tempek atau lumurkan serbuk kopi dengan perlahan ke bahagian yang melecur. Pada awalnya akan rasa pedih sedikit tetapi selepas kira-kira 10 minit, tanggalkan serbuk kopi itu. Kulit tidak akan melepuh dan melecur lagi.

.

.

.

.

Sumber : petuatradisional.com & Google (gambar)

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest