“Dressing in a professional yet stylish manner can give you a tremendous feeling of confidence that is exhibited to others through your attitude and actions.” – Karen Dixon, 42, Supervisor, The Mercadien Group, Princeton, New Jersey

 

job-interview-body-language

Istilah barat berbunyi ‘Do not judge a book by its cover’ bermaksud tidak menilai sesuatu buku itu hanya berdasarkan kulit buku itu saja. Kulit buku yang cantik dan menarik perhatian, tidak semestinya mempunyai isi kandungan yang baik. Begitu juga dengan kulit buku yang tidak menarik tidak menjanjikan isi kandungan yang tidak menarik. Mana tahu, ia penuh dengan isi kandungan yang amat hebat!

 

Namun begitu, sudah kelaziman manusia melihat pada yang zahir. Apa yang kelihatan cantik, dikaitkan dengan yang baik. Apa yang dilihat kurang cantik, terasa kurang baik pula. Maksud ini juga boleh dibawa kepada cara pemakaian seseorang.

 

Bayangkan keadaan sewaktu temuduga kerja. Seseorang yang berpakaian segak, kemas, dan segalanya kelihatan terurus serta selesa tentunya memberi tanggapan pertama yang baik kepada majikan. Berbanding sekiranya seseorang itu berpakaian lusuh, kurang kemas dan kelihatan seperti tidak selesa atau tidak terurus masuk ke bilik temu duga. Sama juga keadaannya jika hendak berjumpa dengan klien. Haruslah berpakaian kemas dan cantik untuk memberi tanggapan pertama yang baik so that client will be more confident to make a deal with us.

 

a

 

Bukan hendak beranggapan mereka yang berpakaian ringkas itu tidak mempunyai ilmu atau bakat. Mungkin kebolehannya lebih hebat berbanding dengan pemohon yang segak bergaya. Cuma, tanggapan pertama akan meletakkan dirinya dalam keadaan yang kurang baik berbanding si segak cantik bergaya.

 

Dalam misi untuk mendapatkan kepercayaan majikan atau klien, penampilan sangat lah memainkan peranan yang penting. Tidak bermaksud perlu memakai pakaian berjenama hebat dan berharga ribuan ringgit. Memadai dengan berpenampilan KEMAS, CANTIK dan SELESA yang akan memberi impak kepada orang sekeliling yang melihat terutama sekali majikan atau klien.

 

Busana-formal-muslimah-dengan-padanan-blazer (1)

 

Disamping itu, memakai pakaian yang menarik bukan saja memberi impak kepada orang di sekeliling dengan memberi tanggapan yang lebih baik dan kredibiliti awal. Tetapi, ia juga dapat membantu dalam meningkatkan keyakinan diri sendiri. Ini kerana penampilan sangat mempengaruhi emosi seseorang. Pakar perunding imej sering mengaitkan cara pemakaian dengan keyakinan diri. Sekiranya memakai selekeh, kita pun rasa selekeh. Sekiranya memakai kemas, terasa lebih profesional dan produktif. Sebagai contoh, mungkin kita pernah berasa keyakinan bertambah apabila memakai jenis pakaian tertentu. Fikirkan mengapa keadaan ini terjadi-mungkin satu ketika seseorang pernah memuji pemakaian kita,

“Eh, cantik baju tu! Beli di mana?”

membuatkan kita terasa lebih yakin setiap kali memakai pakaian tersebut.

 

Tambahan lagi, bila anda memakai pakaian yang ‘more powerful looking clothing‘ yang mana lebih CANTIK, KEMAS dan SELESA ( cth : professional business attire, a suit, atau pakaian warna-warna gelap, dll ) dan pakaian yang sesuai atau kena dengan profession anda, ia akan mengubah mindset anda secara automatik — bertukar dari “relaxed mode” kepada “professionals mode”. Perubahan positif dalam sikap ini akan terpancar melalui body language dan tingkah laku ( cth : postur badan yang lebih baik, berjabat tangan dengan lebih kukuh, kekalkan eye contact, dll ), memberi anda kuasa visual yang lebih besar.

 

 

Disini kami kongsikan sekali sedikit TIPS PENTING PAKAIAN TEMUDUGA BAGI WANITA

Pada umumnya, untuk hadir temuduga, calon wanita mempunyai 2 pilihan pakaian :

  1. Memakai satu sut baju kurung.
  2. Memakai satu sut dengan blazer, blouse/dress shirt, skirt atau seluar. (Three or two piece pants or skirt suit)

 

Sekiranya anda memilih untuk memakai baju kurung, di bawah adalah panduan ciri-ciri baju kurung yang sesuai untuk menghadiri temuduga :

1. Baju kurung  yang sesuai adalah sama ada polos (plain), berjalur atau bertekstur. 

2. Baju kurung yang diperbuat daripada  fabrik ‘suiting’ yang dapat menyebabkan baju kurung itu kelihatan terletak kemas, solid dan segak apabila memakainya. (Fabrik dari linen, sb line, thai silk dan cotton antara contoh fabrik yang sesuai).

3. Elakkan baju kurung yang terlalu banyak warna. Jumlah warna baju kurung yang dipakai secara keseluruhan hendaklah tidak melebihi tiga warna. Ia akan menyebabkan penampilan anda kelihatan berserabut dan terlalu meriah dan boleh mengganggu fokus penemuduga.

 

Sekiranya anda memilih untuk memakai suit ( three or two piece skirt or pants suit), di bawah adalah panduan suit yang sesuai untuk menghadiri temuduga :

1. Sut temuduga mestilah ringkas dan terdiri daripada warna-warna neutral iaitu ton kelabu, biru navi, hitam, coklat atau krim.

2. Corak suit (blazer, skirt atau seluar) yang sesuai adalah sama ada polos (plain), berjalur atau bertekstur yang halus. baju

3. Pilih blouse atau dress shirt yang berpotongan konservatif.

4. Skirt atau seluar hendaklah berwarna gelap dari kumpulan warna-warna korporat iaitu hitam, biru kelasi (navy blue), kelabu (dark grey atau charcoal) dan coklat. Elakkan memakai skirt potongan kembang di bahagian bawah.

5. Potongan skirt dan seluar adalah longgar jenis klasik (tidak ketat dan tidak menunjukkan bentuk peha dan betis calon).

Untuk lebih tips boleh tengok sini >> http://raihan.awaken-image.com/tatacara-pemakaian-untuk-temuduga-bagi-wanita/

 

Jadi, buka almari pakaian anda dan lihat pakaian yang anda miliki. Adakah kandungan almari pakaian anda memerlukan sedikit naik taraf untuk menaikkan lagi confident level anda untuk hadir temuduga?

.

.

.

.

Tak tahu mana nak cari seluar yang sopan yang sesuai untuk hadir temuduga atau untuk berjumpa klien? Anda boleh try TAMARA PALAZZO ni. Untuk lebih detail KLIK sini ya 🙂

 

Pants House

.

.

.

.

Kredit : Perunding Imej Muslimah Raihan Abdul Rahman, Business Know-How, HMetro

.

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Pin It on Pinterest