Bangkit Seri Pada Wajah

image (1)

.

WAJAH yang kelihatan lesu dan kusam sedikit sebanyak mencacatkan penampilan wanita malah ia mungkin mengurangkan keyakinan diri ketika berdepan khalayak.

Tampil dengan wajah berseri-seri tanpa mengenakan solekan tebal membuatkan sesiapa saja tertarik. Hakikatnya, untuk mendapatkan wajah sihat dan cantik tidaklah memerlukan belanja terlalu mahal atau perlu mengambil suntikan tertentu yang tidak diketahui kesan sampingannya.

Bagi membantu mengatasi masalah itu, berikut antara langkah yang boleh diamalkan untuk menaikkan seri dan menyegarkan kembali wajah anda.

.

Ais

Sebaik bangun tidur, oles wajah dengan ketulan ais. Ini dapat membantu memberi kesegaran pada wajah di samping menegangkan kulit. Anda juga boleh gantikan ais dengan air sejuk. Bilas wajah setiap pagi dengan air sejuk. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

.

Senaman wajah

Seperti anggota tubuh yang lain, wajah juga memerlukan senaman. Senaman ringan ini membantu meredakan otot pada wajah dan membekalkan oksigen. Bukan susah, senaman wajah yang paling mudah dan berkesan adalah dengan mengunyah gula-gula getah. Lakukan dengan kerap dan perhatikan perubahan pada wajah anda.

.

Elak tekanan

Ramai yang mengambil mudah, tetapi anda perlu tahu tekanan bukan saja mengganggu emosi malah boleh menghakis kecantikan semula jadi. Tekanan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan pantas dan membuatkan wajah tampak lesu. Oleh itu, anda perlu atasi tekanan dengan bijak. Senyuman dan gurau senda antara tip berkesan untuk mengurangkan tekanan.

.

Jaga waktu tidur

Tidur yang cukup sangat penting kerana ketika tidur, kulit akan memperbaharui sel. Anda mesti mendapatkan rehat dan sesekali manjakan tubuh di spa. Perlu diingat, tidur yang berlebihan turut memberi kesan sampingan yang tidak baik. Bukan saja wajah tampak kusam dan mata sembap, malah tabiat buruk itu membuatkan tubuh lesu.

.

Urutan

Wajah dan tubuh perlu diurut sekurang-kurangnya sebulan sekali. Teknik urutan pada wajah akan membantu melancarkan perjalanan darah, membuang angin, mengatasi keletihan dan menjadikan wajah segar serta berseri. Urutan dengan teknik khusus sama ada secara manual atau mesin juga dapat membantu membentuk wajah lebih menarik.

.

Rebusan daun inai

Dulu wanita lebih memanfaatkan bahan semula jadi di sekitar rumah untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Hanya mengamalkan minuman air rebusan daun inai, wanita dulu mampu menaikkan seri wajah tanpa mengeluarkan wang. Lebih menarik, amalan dua kali seminggu membuatkan wajah tampak kemerahan tetapi jangan pula berlebihan kerana cara ini boleh mengeringkan kulit.

.

.

.

.

Kredit : harian metro

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest