Bedak Bayi Boleh Sembuhkan ‘Sun Burn’?

Kini anda tidak perlu lagi berbelanja besar dengan membeli produk kecantikan di pasaran. Bukan semua produk berkenaan berkesan dan ada juga yang tidak serasi sehingga memberikan kesan sampingan.

Bedak bayi mungkin boleh menjadi pengganti bagi produk-produk tersebut. Bukan sahaja menjimatkan, semua jantina boleh menggunakannya. Jom tengok apa kelebihan bedak bayi.

 

sunburn

? Wajah Bebas Minyak 

Apabila seseorang itu memiliki kulit berminyak, pastinya mereka akan berasa kurang yakin untuk mengambil gambar dalam keadaan itu. Cuba gunakan bedah bayi pada wajah anda untuk mengatasinya. Pastinya akan tampak segar seperti waktu pagi. Malah, bedak bayi sangat sesuai untuk mereka yang tidak gemar bersolek lebih-lebih lagi golongan lelaki.

 

? Hilang Bau Kaki

Kaki akan berbau disebabkan peluh yang terhasil daripada aktiviti seharian. Selain mencuci, gunakan bedak bayi dengan menaburnya pada kaki sebelum menyarung stoking.

 

? Hapus Kotoran Degil 

Macam mana nak hilangkan kesan kotoran makanan yang terlekat pada pakaian anda? Taburkan bedak bayi pada pakaian berkenaan dan biarkan semalaman sebelum mencucinya bersih. Pasti anda akan terkejut dengan keajaiban hilangnya kotorang tersebut.

 

? Pengganti Losyen Tangan 

Kebanyakan orang tidak gemar memakai losen tangan kerana ianya melekit. Jadi, gunakan bedak bayi sebagai pengganti dalam melembutkan tangan anda lebih-lebih lagi selepas melakukan kerja rumah.

 

? Penyembuh Kulit Terbakar

Buat mereka yang berkulit sensitif dan cenderung mengalami kulit terbakar atau ‘sun burn’ selepas terdedah di bawah cahaya matahari, bedak bayi adalah penawarnya. Gunakan bedak bayi selepas memakai krim pelindung ultraviolet (UV).

.

.

.

.

Sumber : Harian Metro (10 Mac) & Google (gambar)

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest