Buah Kiwi Cegah Penyakit

kiwi-fruit_625x350_81445871711

Walaupun buah kiwi rasanya masam manis, kandungan vitamin C dan E didalamnya tinggi malah dua kali ganda melebihi vitamin C yang terdapat dalam buah oren dan vitamin E dalam buah avokado. Menariknya adalah, kiwi mempunyai hanya separuh kalori berbanding buah-buahan yang lain.

Buah kiwi sesuai dijadikan makanan rutin buat individu yang mementingkan kesihatan. Malah, buah kiwi juga elok diamalkan oleh pesakit diabetes kerana indeks glisemiknya (GI) yang rendah selain fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

 

KHASIAT :

  • Mengandungi potasium, folat, zink, vitamin C dan E. Sesuai untuk diet yang mudah.
  • Bagi kanak-kanak, memadai jika menikmati sebiji buah kiwi dalam hidangan setiap hari kerana ia dapat membantu melawan penyakit seperti demam, selsema dan sembelit.
  • Jika mempunyai bayi berusi setahun ke atas, boleh jadikan buah kiwi sebagai puri atau dicampurkan ke dalam bubur si kecil.
  • Tak perlukan suplemen tambahan, hanya jadikan buah kiwi hidangan setiap hari sudah cukup memberikan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan.

 

MUSIM :

Buah kiwi boleh diperoleh sepanjang tahun dan banyak di jual di pasaraya. Di Malaysia, terdapat dua jenis kiwi iaitu kiwi hijau dan kiwi kuning (Golden Kiwi).

 

KEGUNAAN :

  • Dihiris atau dipotong dan dijadikan hiasan untuk manisan seperti kek keju, pavlova, ais krim atau salad.
  • Menikmati buah kiwi terus dari buahnya dengan memotong bahagian atas dan mencedok isinya dengan sudu.

 

CARA PENYIMPANANNYA :

Buah kiwi perlu disimpan di dalam suhu bilik. Jika belum masak, simpannya di dalam beg kertas (brown paper bag) pada suhu bilik untuk ia masak sempurna.

 

RESEPI JUS KIWI :

Bahan yang digunakan :

  • 2 biji buah kiwi (dibuang kulit)
  • 1 sudu teh air gula
  • Kiub ais secukupnya

Cara membuatnya :

  1. Campurkan buah kiwi, air gula dan kiub ais ke dalam mesin pengisar (blender).
  2. Kisar sehingga sebati dan gebu.
  3. Kemudian, tuangkan ke dalam gelas tinggi.
  4. Hiaskan dengan hirisan kiwi.

Selamat mencuba !

 

Sumber : Rasa.my, AbgBrian.com & Google (gambar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest