Buat Kerja Rumah Yang Sama Macam Bersenam

senaman-mudah-di-rumah-mop

Walaupun sesibuk mana para ibu yang bekerjaya ataupun surirumah menguruskan hal rumah tangga, adalah penting untuk anda bersenam bagi menjaga kesihatan. Buat kerja rumah pun hasilnya akan sama ibarat bersenam. Lepas ni, tak ada alasan lagi untuk tak bersenam!

 

1. Naik turun tangga

Anda boleh menggantikan aktiviti berjoging dengan turun naik mengambil pakaian kotor di tingkat atas. Tapi, jangan lah hanya sekali naik dan sekali turun sahaja. Buatlah sekurang-kurangnya 10-15 minit. Pasti anda bermandi peluh!

 

2. Menari sambil mop lantai

Cara ini menarik jika dipraktikkan. Pasangkan muzik dan anda bebas menari mengikut rentak. Ajak anak-anak anda menari sekali. Bukan sahaja dapat bersenam, malah pasti menghiburkan anda. Jaga keselamatan anak kecil agar tidak tergelincir ketika menari bersama anda.

 

3. Senaman kaki semasa menonton televisyen

Sambil duduk relaks menonton TV, lakukan gerakan senaman tangan atau pun kaki. Sedar tak sedar anda telah berpeluh ketika anda bersahaja menonton TV.

 

4. Mencuci pinggan dapat kecilkan peha

Pelik kan? Caranya mudah sahaja. Ketika cuci pinggan, lakukan senaman kaki dengn berdiri sebelah kaki untuk tempoh yang tertentu. Tukar posisi dan lakukan secara berterusan.

 

5. Kecilkan lengan sambil dukung anak

Anda boleh bersenam ketika menjaga anak anda. Cara yang lebih efektif adalah seperti mengangkat dumbbell agar dapat mengecilkan lengan anda. Lakukan secara konsisten dan pasti anda dapat lihat perbezaannya.

.

.

.

.

Sumber : keluarga.my & Google (gambar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest