Cara Didik Anak Supaya Menghormati Orang Tua

Anak kecil ibarat kain putih yang tiada cacat celanya. Kita lah sebagai ibu bapa yang harus mencorakkan mereka. Didikan dan asuhan daripada kecil perlu agar mereka berkeperibadian dan berakhlak mulia. Kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya. Salah satu daripada akhlak mulia yang harus dididik dalam diri anak-anak adalah menghormati orang tua.

 

seperti-ini-cara-membuat-anak-hormat-pada-orangtua

1. Tunjukkan teladan 

Anak-anak anda melihat anda sebagai model terbaik mereka. Jadi, tunjukkan bagaimana cara untuk menghormati orang tua agar anak-anak mudah faham dan tahu bagaimana ingin melakukannya. Selain daripada itu, sikap saling hormat-menghormati harus diamalkan di dalam keluarga.

 

2.  Tegas dengan apa yang diucapkan 

Anda perlu tegas dengan apa yang anda katakan bagi memastikan perbuatan tersebut dipraktikkan. Contohnya jika anda katakan perlu berjalan tunduk di hadapan orang tua, pastikan anak anda berbuat demikian.

 

3. Konsisten 

Proses mendidik anak perlulah secara berterusan. Ibu bapa harus memberikan komitmen dalam hal membentuk akhlak dan peribadi anak-anak.

 

4. Berikan pujian 

Semua orang sukakan pujian. Jangan lupa untuk memuji anak anda jika mereka melakukan kebaikan.

 

5. Buang ego 

Anda sebagai orang yang lebih tua, jangan sesekali bersikap ego untuk meminta maaf jika anda melakukan kesilapan. Apabila kita mudah melafazkan maaf pasti anak-anak juga tidak takut untuk mengucapkan perkataan maaf bila melakukan kesilapan.

 

 

 

Sumber : Keluarga.my & Google (gambar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest