Cara Hasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah Anda

Semua orang mesti impikan rumah yang bersih dan berbau wangi kan. Bau harum yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi seperti buah atau bunga akan membuatkan ahli keluarga atau tetamu berasa selesa bila bersantai dalam rumah.

Ada macam-macam jenis pewangi yang dijual di pasaran yang boleh disembur atau diletakkan diruang atau bilik di kediaman anda. Tetapi ada juga pewangi tiruan itu yang baunya agak tajam dan menyengat yang boleh membuatkan kita berasa kurang selesa jika disembur secara berlebihan.

Untuk anda yang mengemari haruman yang natural, meh cuba membuat sendiri ‘pewangi semulajadi’ ini.

 

Cara Hasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah

 

728px-Make-Sea-Salt-Step-6

 

1) Sitrus Dan Garam Laut

Untuk anda yang menggemari bauan dari sumber sitrus, anda boleh pilih untuk menggunakan lemon, limau nipis atau limau mandarin. Nak gunakan limau purut pun boleh. Kemudian belah buah sitrus kepada dua bahagian dan taburkan garam laut, bunga cengkih ataupun daun basil di atasnya. Letakkan potongan buah sitrus di atas meja, kabinet ataupun di atas lantai penjuru bilik. Bau yang terhasil dari potongan buah sitrus ini akan menghilangkan bau kepam atau bau lembap di sekitar ruang kediaman.

 

 

aroma

2) Epal, Kulit Kayu Manis Dan Sitrus

Bagi yang menggemari bauan yang agak unik, apa kata anda cuba tiga bahan yang ini pula. Gabungan epal, kulit kayu manis dan sitrus akan menghasilkan aroma ala-ala musim luruh. Apa yang diperlukan adalah 2 biji epal, kulit limau mandarin atau oren sunkist, 5 atau 6 batang kulit kayu manis dan air. Anda hanya perlu satukan kesemua bahan-bahan ini di dalam periuk dan panaskan. Kalau anda inginkan aroma yang lebih kuat, anda bolehlah tambahkan dengan sedikit bunga cengkih dan gantikan kulit oren dengan hirisan buah oren pula. Selepas siap dipanaskan, anda hanya perlu tuang ke dalam mangkuk atau cawan dan letakkan di atas meja untuk mewangikan ruang tersebut.

 

 

WangiRumah_BijiKopi

3) Vanilla Kopi

Untuk si penggemar kopi pula pasti akan menyukai aroma ini. Bau kopi pasti akan menyegarkan ruang kediaman anda dan membangkitkan rasa kecergasan. Caranya anda hanya perlu masukkan biji kopi ke dalam mangkuk kecil dan letakkan lilin yang mempunyai aroma vanila ditengahnya. Nyalakan lilin vanila tersebut. Gabungan aroma kopi dan vanilla pasti akan membuatkan anda rasa segar.

 

Semoga artikel Cara Hasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah ini membantu anda berasa lebih segar dan tenang bila berada di rumah.

Selamat Mencuba.

.

.

.

.

Kredit : notawanita

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest