Cara Mudah Baiki Sinki Tersumbat

014

.

Pernah tak korang mengalami sinki tersumbat di rumah? Tension bukan? Sinki boleh tersumbat kerana sisa makanan yang melekat atau tersangkut dalam salurannya. Bukan itu sahaja, malah lapisan minyak dan daki yang melekat pada dinding paip saluran juga menjadi punca laluan air semakin kecil dan air sukar untuk turun dengan lancar.

Ada beberapa cara untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat dan salah satu cara yang paling senang adalah dengan menggunakan cuka dan baking soda.

.

Cara-cara membaikinya :- 

1. Masukkan 1/2 cawan baking soda ke dalam lubang sinki. Pastikan tiada air yang bertakung di dalam sinki.

2. Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda ke dalam lubang sinki.

3. Kemudian, masukkan pula 1/2 cawan cuka ke dalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit untuk baking soda dan cuka tadi bertindak balas.

4. Ambil satu jag air panas dan curahkan ke dalam sinki.

.

Jika langkah di atas tidak berjaya, ini bermakna ada kotoran degil yang telah melekat di saluran sinki anda. Gunakan cara yang lebih ekstrem ini.

1. Sediakan baldi di bawah sinki untuk menadah air yang keluar supaya tidak mengotorkan lantai.

2. Tanggalkan perangkap sinki dan buang semua kotoran yang terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang disediakan.

3. Buka paip untuk periksa jika air masih bertakung di dalam sinki.

4. Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki jika masih tersumbat.

5. Gunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan untuk bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi.

6. Cantumkan kembali semua sambungan dan perangkap sinki.

.

.

.

.

Kredit : saja kongsi

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest