Cara Mudah Legakan Migrain/ Sakit Kepala

migrain teruk-cara merawat

1. Merendam tangan dalam air sejuk.

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air. Tangan dah sejuk, so rasa kepala dah lupa 🙂
2. Berada di dalam bilik gelap.
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala. Baring, tutup mata, tutup lampu, tingkap tirai semua. Biar bergelap untuk dapat ketenangan dan mudah tidur.
3. Mengambil sedikit kafein.
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Bau kopi mampu menenangkan minda dan anti stress. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.
4. Gunakan rempah.
Carikan bahan-bahan berikut ::
     ~ kacang hijau
     ~ lada hitam
     ~ garam kasar
Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Bayangkan cas-cas negatif sakit kepala tu mengalir masuk tertarik ke garam, lada dan kacang hijau tu. Ia boleh juga jadi cam terapi kat kaki tu.
5. Baring kepala dibawah kaki diatas.
Ketika baring atas katil, turunkan kepala anda sehingga mencecah lantai. Biarkan kaki di atas katil. Secara rasionalnya, ia menurunkan perjalanan darah ke arah kepala.
Sumber : www.vitamincikgu.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest