Cara Paling Mudah Untuk Naikkan Berat Badan

menaikkan-berat-badan

Memiliki berat badan yang ideal, iaitu dalam lingkungan BMI normal pasti menjadi idaman. Tetapi bukan mudah untuk naikkan berat badan, malah adakalanya proses ini lebih sukar berbanding proses menurunkan berat badan. Ramai individu kurus yang berdepan masalah makan banyak mana pun, badan tetap tak naik-naik.

1) Makan Mengikut Masa – Pertama sekali anda perlu berdisiplin berkaitan masa makan. Anda perlu makan mengikut masanya, terutamanya tiga waktu hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Selitkan juga waktu makan untuk menikmati snek yang berkhasiat. Tidak kira sesibuk mana pun anda, jangan terlepas tiga waktu hidangan utama.

2) Makan Dalam Kuantiti Mencukupi – Anda perlu pastikan setiap kali anda makan, anda menikmati makanan dalam kuantiti yang mencukupi. Lebihkan makanan yang kaya dengan karbohidrat dan protein. Anda juga perlu tambahkan lemak dalam diet seharian untuk membantu proses menaikkan berat badan.

 

3) Jangan Berlapar – Pastikan anda sentiasa mempunyai makanan atau snek berkhasiat untuk mengelak rasa lapar untuk tempoh yang lama. Punca utama individu yang kurus sukar menaikkan berat badan adalah kerana kerap menahan lapar. Proses menaikkan berat badan akan menjadi lebih mudah jika perut anda kerap diisi dengan makanan atau snek yang berkhasiat.

 

4) Lebihkan Minum Air Suam/Air Putih – Pengambilan air suam atau air putih yang mencukupi akan membantu melancarkan sistem pencernaan. Sistem pencernaan yang berfungsi dengan baik akan membolehkan badan menyerap segala zat dan vitamin dari makanan yang diambil. Ini dapat membantu menaikkan berat badan anda secara sihat. Namun anda harus elakkan minum air sejurus sebelum makan, kerana ini akan membuatkan perut anda berasa kenyang dan menyekat jumlah makanan yang anda ambil.

 

 

Biarpun anda dalam proses menaikkan berat badan, anda perlu tetap melakukan senaman untuk memastikan badan kekal cergas dan sihat. Apa yang penting adalah keyakinan dan disiplin diri. Letakkan target berat badan ideal untuk diri anda dan berusaha untuk mencapai berat badan tersebut dalam tempoh tertentu.

.

.

.

.

Sumber : Notawanita.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest