Diet Pemakanan Sihat Untuk Kanak-Kanak

nafsu-makan-anak

Ibu bapa mempunyai kesukaran dalam memberikan diet dan nutrisi makanan yang terbaik untuk kanak-kanak. Lagi-lagi pada zaman kini dimana kanak-kanak hari ini lebih terdedah kepada plebagai iklan yang menarik. Pengiklan makanan pula akan menggunakan kombinasi warna, ilustrasi dan pilihan karektor kartun kegemaran bagi menarik minat kanak-kanak. Makanan yang diiklankan ini kebanyakkannya mengandungi kadar gula dan garam yang tinggi.

 

Jenis-Jenis Makanan Utama

Karbohidrat: Merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya mereka mendapat bekalan karbohidrat ini melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Ibu bapa disarankan memilih karbohidrat baik seperti buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.

Protein: Protein amat penting kepada kanak-kanak tetapi hanya perlu diberi dalam kadar yang sederhana agar tidak merosakkan buah pinggang mereka. Antara sumber protein adalah telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.
Lemak: Lemak adalah komponen penting dalam diet kanak-kanak, Mereka tidak perlu untuk menikmati hidangan yang rendah lemak. Masalah hanya akan berlaku jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak terbaik yang akan membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 (tuna, sardin,salmon, kacang) dan Omega-6 (jagung, avokado, badam)

 

piramid-pemakanan-seimbang

Panduan Asas Pengurangan Berat Badan Di Kalangan Kanak-Kanak

Jangan mengawal ketat pemakanan kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Langkah yang diambil haruslah melibatkan keseluruhan ahli keluarga bagi menjaga emosi serta memberikan motivasi kepada kanak-kanak ini untuk lebih berdisiplin.

  • Elakkan kanak-kanak daripada mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku
  • Elakkan daripada menggunakan makanan segera atau makanan ringan sebagai ganjaran apabila mereka melakukan sesuatu
  • Elakkan mereka daripada memilih makanan yang tidak berkhasiat sebagai snek dan sediakan lebih buah-buahan di rumah.

 

Keperluan Kalori Seharian Kanak-Kanak Mengikut Umur 

Kanak-kanak masih memerlukan kalori yang mencukupi untuk pertumbuhan mereka walaupun menghidapi masalah obesiti. Berikut adalah carta keperluan harian mereka yang anda boleh ikuti.

 

Screen-Shot-2017-03-21-at-10.00.43-PM

Cadangan Pelan Pemakanan Untuk Kanak-Kanak 

  • Pagi : Secawan Cornflakes, kismis, badam dan susu
  • Snek pilihan
  • Tengah hari : Nasi, ayam dan sayuran
  • Snek pilihan
  • Malam : Roti pita, filet ikan dan sayuran

.

.

.

.

Sumber : kevinzahri & Google (gambar)

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest