Diet Untuk Anak Autisme

Menurut Wikipedia, autisme merupakan kecacatan perkembangan yang melibatkan fungsi otak. Meskipun begitu, rupa paras anak yang menghidap autisme kelihatan sempurna sama seperti kanak-kanak yang lain. Soal pemakanan untuk kanak-kanak autism perlu diberikan perhatian yang sama seperti perkembangan sosial mereka. Oleh yang demikian, ibu bapa sebaiknya mengambil tahu dan mengenali jenis makanan yang diperlukan untuk anak autisme.

14147585661_43e103355c

 

<3 Karbohidrat Tanpa Gluten 

Ibu bapa disyorkan memberikan anak autisme makanan daripada sumber karbohidrat tetapi tidak megandungi gluten seperti kentang, beras dan ubi-ubian. Gluten adalah sejenis protein yang terdapat pada gandum dan tepung. Gluten mengandung komponen protein yang disebut sebagai peptida. Dengan gluten, ia akan membuatkan otak menjadi lebih agresif. Makanan tinggi gluten seperti bijirin, mi, roti dan kuih-muih patut anda hindarkan.

 

<3 Diet Feingold & Diet Failsafe 

Diet Feingold ini pada awalnya diperkenalkan oleh Ben Feingold yang dibuat khusus untuk anak-anak hiperaktif. Namun ia menunjukkan adanya keserasian terhadap anak-anak Autisme. Diet Feingold dan Diet Failsafe ini melarang sama sekali pengambilan makanan yang mengandungi pewarna,  perisa, bahan pengawet, serta beberapa jenis pemanis buatan yang banyak terdapat di dalam pembuatan roti, kek, mi serta manisan lain. Anak-anak autisme menunjukkan perkembangan positif terhadap diet ini.

 

<3 Elak Asid Salicyclic

Diet tanpa sejenis asid yang dinamakan Asid Salicylic juga dikatakan mampu membantu anak-anak Autisme kekal sihat. Asid ini terdapat dalam beberapa jenis buah seperti anggur, plum, buah ceri, tomato dan timun. Diet ini memberikan impak yang cukup baik kepada anak autisme.

 

<3 Suplemen dan Vitamin

Ibu bapa digalakkan memberikan anak-anak autisme ini suplemen dan vitamin bagi menambah tenaga mereka. Makanan tambahan daripada sumber omega 3, protein dan juga serat digalakkan untuk diambil setiap hari. Sumber makanan yang disarankan adalah seperti ikan salmon, minyak ikan kod serta ikan sardin.

 

Elakkan Jenis Makanan Ini

  • Gula daripada jenis sukrosa, fruktosa atau gula olahan lain
  • Sayur-sayuran yang mengandungi asid salyclclic
  • Semua jenis biji-bijian seperti gandum, jagung, oat serta beras
  • Kekacang seperti kacang soya dan kacang hijau
  • Kentang, ubi dan lobak
  • Rumput laut dan agar-agar
  • Daging yang diproses
  • Susu dan produk tenusu
  • Roti, pasta, mi

.

.

.

.

Kredit : keluarga.my & Google (gambar)

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest