Elak Si Kecil Mabuk Di Atas Kenderaan

f18213b13ed5bd03c33ec58d9bf6e3af

Mabuk perjalanan atau motion sickness biasanya terjadi kepada sesiapa sahaja ketika dalam perjalanan darat, laut ataupun utara. Walaupun pengangkutan berkenaan amat menyenangkan, apa yang akan jadi jika si kecil mabuk di perjalanan.

Antara tanda-tanda anak anda terkena mabuk perjalanan adalah mulai gelisah, meragam, lemas, mengadu sakit, kepala berpeluh, rasa mual dan akhirnya muntah hingga boleh dehidrasi.

Tip cegah mabuk perjalanan ini mungkin boleh membantu anda yang ingin merancang percutian bersama anak.

 

  • KAWAL PENGAMBILAN MAKANAN

Sebelum memulakan perjalanan, beri perhatian kepada makanan dan minuman yang di ambil. Elakkan daripada memberi mereka terlalu banyak makanan sebelum dan ketika dalam perjalanan. Hindari juga daripada makanan pedas, berminyak dan berbau.

 

  • ALIH PERHATIAN SI KECIL 

Banyak cara untuk mengalih perhatian si kecil daripada berasa mual dan gelisah. Antaranya adalah beri si kecil mendengar muzik atau mengajaknya bercerita mengenai hal-hal menarik di sepanjang perjalanan atau rancang kegiatan setibanya di tempat bercuti. Anda boleh juga mencuba mengalihkan perhatian dan rasa mual mereka dengan melihat pemandangan luar.

 

  • PILIH WAKTU PERJALANAN YANG TEPAT 

Jika perjalanan tersebut jauh, bertolak ketika waktu tidur anak antara yang disarankan bagi mengurangkan kemungkinan mabuk perjalanan. Buat juga ‘tempat tidur’ yang selesa di dalam kenderaan supaya anak boleh tidur. Untuk menambah keselesaan mereka, bawa bersama patung, bantal atau selimut kegemaran mereka.

 

  • BUKA TINGKAP KERETA DAN MENGHIRUP UDARA SEGAR 

Sesekali, buka tingkap kereta ketika melalui tempat yang sejuk dan bebas asap supaya udara di dalam kereta lebih sihat dan menyenangkan. Jika berkesempatan, berhentilah sebentar di tempat menarik dan keluar sebentar untuk mengambil angin.

 

  • HINDARI BAU-BAUAN

Elakkan si kecil daripada menghidu bau-bauan yang boleh membuatkan mereka mual di sepanjang perjalanan. Pastikan juga penggunaan minyak wangi anda dan pewangi kereta tidak terlalu kuat kerana ia boleh menyebabkan anak mengalami mabuk perjalanan.

 

  • AMBIL UBAT PENCEGAH MABUK PERJALANAN 

Mengambil ubat mabuk perjalanan juga membantu mencegah mabuk perjalanan. Pastikan anda membaca dulu arahan dengan betul atau dapatkan nasihat doktor berkaitan dos dan pengambilannya sebelum memberikannya kepada anak-anak. Sebaiknya minum ubat sebelum memulakan perjalanan bukannya sesudah memulakan perjalanan.

 

  • UBAT-UBAT ORGANIK / TRADISIONAL 

Cuba ambil ubat-ubat tradisional seperti minyak kayu putih, buah-buahan yang masam kerana ia juga mampu mencegah mabuk perjalanan.

.

.

.

.

Sumber : Harian Metro (9 Mac) & Google (gambar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest