Jangan Kongsi Item Cantik Ini Dengan Rakan !

makeup-brushes-tease-today-160401_9e41879cdf240823b54b2ab1495fcf27.today-inline-large

Antara rakan-rakan, ada yang meminta untuk meminjam barangan sesama sendiri. Jika mereka meminta pakaian, anda mungkin masih boleh memberi mereka pinjam. Tetapi, katakan tidak atau terus terang yang anda tidak selesa berkongsi apabila mereka ingin meminjam item-item kecantikan anda.

Alatan kecantikan ini boleh mengundang pelbagai penyakit merbahaya untuk kesihatan jika dikongsikan bersama sahabat atau teman. Jom tengok apa item kecantikan yang tidak boleh dikongsi.

Berus Mencuci Wajah 

2245308-300x300

Ia ibarat ada orang yang mahu berkongsi berus gigi anda. Pastinya anda tidak mahu bukan? berus pencuci wajah akan memerangkap banyak kotoran dan sel mati sekaligus menjadikan berus itu tempat bakteria merebak. Pastinya anda tidak mahu kuman yang melekat pada berus itu berada di atas kulit anda biarpun sudah dicuci bukan?  Anda berisiko mendapat kulit berjerawat apabila berkongsinya. Jadi elakkan ya!

Gincu Bibir 

lipstick__43378.1344906808.1280.1280-e1384964182107-300x184

Elakkan daripada berkongsi gincu bibir bagi menghindarkan penyakit seperti virus herpes simplex yang menyebabkan kulit bibir kering dan berpecah-pecah sereta selsema. Ramai wanita yang tidak kisah berkongsi lipstik dengan sahabat baik sedangkan lebih banyak bakteria yang terkumpul pada bibir.

Pisau Cukur 

8457143-300x214

Ramai yang tahu bahawa pisau cukur menyebarkan pelbagai penyakit. Walaupun sudah dibilas dengan air, bilah pencukur masih mempunyai bakteria yang ada daripada darah atau cecair yang melekat. Melalui perkongsian pisau cukur, anda akan berisiko dan terdedah kepada penyakit staph dan hepatitis.

Berus Solekan 

untitled-design-79-300x199

Item kecantikan ini yang paling kerap kita kongsikan dengan orang lain. Banyak bakteria yang terkumpul dalam berus solekan. Jadi, elakkan daripada berkongsi dengan ahli keluarga atau teman anda untuk menghindarkan anda mendapat masalah kulit selepas itu. Senang kata, kalau sahabat anda mempunyai masalah kulit berjerawat, kebarangkalian anda akan mempunyai masalah yang sama adalah tinggi.

Item Kecantikan Di Dalam Balang Bertutup

ten_392-300x254

Sebagai contoh krim wajah yang anda perlu menggunakan jari. Bakteria akan tersebar apabila beberapa tangan menyelup ke dalam bekas krim tersebut. Elakkan daripada berkongsi item sebegini dan pastikan jari anda sudah dicuci dengan bersih sebelum menggunakannya.

.

.

.

.

Sumber : Eh.com.my & Google (gambar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest