JERAWAT JUGA PUNCA DARI PEMAKANAN?

makanan-jerawat

 

Jerawat akan timbul bukan sahaja disebabkan penggunaan produk yang tidak sesuai dengan kulit wajah tetapi pemakanan juga memainkan peranan dalam pembentukan jerawat di sekitar wajah mahupun belakang badan.

Mungkin ada segelintir anda tidak sedar apa jenis pemakanan yang telah anda makan sehingga jerawat semakin aktif timbul. Jom kita lihat antaranya.

 

MAKANAN YANG DIGORENG DAN BERLEMAK TINGGI

 

IMG_2750

Untuk pengetahuan anda, makanan yang telah digoreng itu mengandungi lemak yang sangat banyak dan ia akan terus ‘tinggal’ di dalam tubuh anda.

Apabila ia sudah berada di tahap yang berlebihan, lemak itu akan dikeluarkan melalui pori-pori kulit wajah anda. Ketika kulit wajah anda berminyak, percayalah pelbagai kotoran akan mula menapak sehingga timbullah kuman dan bakteria penyebab jerawat.

 

MAKANAN MANIS YANG MENGANDUNGI GULA TINGGI

IMG_2751

Untuk pengetahuan anda, makanan yang mengandungi gula tinggi akan menyebabkan peningkatan jumlah lemak dalam tubuh seseorang sehingga ia akan lebih memudahkan jerawat timbul.

 

MAKANAN & MINUMAN YANG MENGANDUNGI SUSU

IMG_2752

Makanan dan minuman yang mempunyai susu seperti yoghurt, keju, susu cair, susu cream, dan lain-lain juga termasuk dalam kategori jenis makanan yang boleh menimbulkan jerawat.

 

MINUMAN BERKAFEIN

IMG_2753

Mesti ada segelintir daripada anda yang tertanya-tanya betul ke kafein juga boleh menimbulkan jerawat? Jawapannya, YA! Kafein bukan sahaja dapat dijumpai pada kopi sahaja bahkan chocolate, teh, minuman bergas juga mengandungi kafein.

.

.

.

.

Sumber : laksani

.

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoxpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest