Kaedah Beli Telefon Terpakai

i.img_-27

.

SEIRING dengan kepantasan pengeluaran telefon pintar, ramai juga di antara kita yang kerap melakukan penukaran telefon untuk menggunakan peranti dengan spesifikasi terbaru.

Jadi, golongan ini berkemungkinan besar akan menjual peranti yang tak ingin digunakan kepada orang sekeliling ataupun menjualnya di laman sesawang berkaitan.

Bagi yang ingin mendapatkan telefon second hand, anda perlu mengetahui beberapa tip penting sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.

.

1. Tujuan membeli

Pastikan kehendak dan keperluan untuk membeli peranti berkenaan supaya anda berjaya mendapatkan peranti yang bersesuaian dengan kegunaan pada masa akan datang..

.

2. Kenal pasti model dan spesifikasi

Senaraikan fungsi dan kegunaan peranti yang bakal dibeli. Contohnya, sama ada menggunakannya sekadar sebagai alat penghubung atau bagi tujuan pekerjaan untuk menyimpan data dan fail berkaitan. Daripada situ, ia akan membantu anda untuk mengenal pasti atau memilih model mengikut spesifikasi yang bersesuaian dengan keperluan anda.

.

3. Selidik harga

Ringankan tulang anda untuk bertanya dan melayari Internet seperti blog ,forum, google dan mudah.my bagi membuat survey mengenai harga peranti yang bakal anda dapatkan. Setelah melihat harga daripada dua hingga ke tiga penjual, pastinya anda boleh membuat perbezaan harga.

.

4. Check keadaan peranti

Perkara paling awal yang mungkin anda perlu beri perhatian ketika membeli telefon pintar terpakai adalah keadaan fizikalnya. Pastikan anda menyemak bahagian tepi kerangka untuk sebarang kecacatan seperti calar pada skrin dan belakang peranti. Sekiranya ia mempunyai beberapa ruangan penutup seperti yang terdapat pada beberapa jenis peranti termasuk Galaxy S5 dan Xperia Z1, pastikan ia masih lagi dalam keadaan baik dan tidak hampir terputus.

.

5. Semak fungsi peranti

Sebaik saja anda memasukkan kad sim, mungkin anda boleh membuat panggilan percubaan dan menyemak sokongan panggilan, di samping audio ketika membuat panggilan. Perkara sama juga boleh dilakukan untuk SMS dan Internet serta WiFi.

.

.

.

.

Kredit : harian metro

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest