Kegunaan Cuka Yang Boleh Mengubah Laman Anda

CUKA putih banyak digunakan di dapur mahupun untuk mencuci. Jangan terkejut jika ia juga berguna untuk laman anda. Memandangkan cuka putih merupakan bahan natural, jadi kegunaannya tidak akan membawa kesan negatif kepada tumbuhan dan persekitaran.

.

white-vine-300x185

.

1. Membersihkan pasu tanah liat

Jika rumah anda masih lagi menggunakan pasu daripada jenis ini, gunakan cuka putih untuk membersihkan ia daripada kekotoran dan efek cuaca. Gunakan ratio 1 : 4 atau 5 untuk kuantiti cuka : air. Rendam pasu ke dalam bahan ini selama 20 hingga 30 minit. Kemudian, berus pasu untuk menghilangkan kekotoran.

.

2. Membuang rumpai pada dinding dan laluan laman

Cuka putih boleh mematikan rumpai yang tumbuh pada dinding dan juga laluan di laman. Mudah sahaja caranya, sembur cuka putih tanpa campuran air pada rumpai tersebut.

.

3. Menghalau semut

Cuka putih juga sangat efektif dalam menghalau semut. Anda hanya perlu mencampurkan cuka (putih atau epal) bersama air dalam ratio 1:1 dan renjis di tempat laluan atau sarang semut. Bau yang kuat daripada cuka ini akan membuatkan semut mengelak daripada melalui tempat tersebut.

.

4. Menghalang binatang daripada mendekati laman

Tahukah anda binatang perosak seperti tikus, tikus mondok, kucing, anjing dan lain-lain tidak suka dengan bau cuka yang kuat? Anda boleh menghalang binatang-binatang ini dengan cara merendamkan kain buruk dengan cuka dan letakkan pada batang kayu di tempat persembunyian binatang-binatang ini.

.

5. Memanjangkan nyawa bunga hidup yang dipotong

Siapa sangka cuka juga boleh digunakan untuk memanjangkan nyawa bunga hidup yang dipotong? Caranya, campurkan satu liter air bersama dua sudu besar cuka putih dan satu sudu kecil gula. Kemudian rendamkan bunga hidup tadi dengan bahan-bahan ini.

.

6. Menghalang ulat buah

Hindari buah yang sedang masak daripada diserang ulat buah dengan menggunakan umpan cuka. Untuk membuat umpan ini, anda memerlukan satu cawan air, setengah cawan cuka epal, satu per empat cawan gula dan satu sudu besar molases. Campur semua bahan ini dan letakkannya dalam bekas kosong. Kemudian, gantung pada pokok buah yang anda mahu lindungi. Cara ini juga boleh anda gunakan untuk menghalau lalat.

.

7. Membuang karat daripada perkakas laman

Cuka boleh membersihkan perkakas laman daripada berkarat. Hanya perlu renjiskan atau rendamkan perkakas tersebut ke dalam cuka yang cair dan biarkan ia rendam beberapa minit. Kemudian basuh dan bersihkan perkakas tadi.

.

.

.

.

Kredit : sinar harian

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest