Keistimewaan Anak Sulung Yang Ibu Bapa Terlupa Hargai

kukralxmas2007

Anak sulung selalunya menggalas tanggungjawab yang besar. Ini kerana mereka merupakan anak yang pertama di dalam keluarga. Namun, ibu bapa kadang-kadang terlepas pandang tidak menghargai pengorbanan si anak sulung ini.

Jadi, ambil masa fikirkan apa yang mereka sudah lakukan untuk anda dan keluarga dan ucaplah sekurang-kurangnya ‘terima kasih’ atas bantuan dan pengorbanan mereka itu.

 

17cc0932dd2238d6cc3acc3d9bc85698 IMG_4350

PENJAGA ADIK

Apabila lahirnya seorang lagi anak, tugas ini memang tersedia untuk anak sulung. Tanpa sedar atau sengaja, ibu bapa akan meminta anak sulung menjaga adiknya walaupun ketika itu usianya seawal 3 tahun.

“Along, tolong jaga adik sekejap. Ibu nak solat”. Namun usai solat, kebiasaanya si ibu akan terus memberikan tumpuan dan membelai si adik tanpa mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan oleh si anak sulung.

 

PEMBANTU IBU

Si ibu amat mempercayai bantuan anak sulung dalam kerja-kerja rumah yang ringan walaupun mereka masih kanak-kanak. Menjadi pembantu setia ibu dalam melakukan tugasan seperti membuang sampah, mengangkat kain dijemuran, cuci pinggan dan sebagainya mungkin pada pandangan anda anak sulung boleh diharap tetapi jangan lupa bahawa setiap yang mereka lalukan itu haruslah dihargai.

 

SELALU MENGALAH

Mengalah demi adik-adik. Frasa yang selalu didengari oleh anak sulung. Ibu bapa sebenarnya ingin berpesan dan memastikan si abang atau si kakak tidak bergaduh dengan si adik. Bagaimana anda menghargai anak sulung anda ini?

 

CONTOH TERHEBAT

Besarnya tanggungjawab anak sulung ini kerana anak sulung tiada pilihan lain selain menunjukkan contoh terbaik untuk adik-adik. Perangai, tindak tanduk anak sulung akan menjadi ikutan adik-adik. Oleh itu, setiap kebaikan yang anak sulung anda lakukan perlulah dihargai dan elakkan dari memarahi mereka di depan adik jika mereka melakukan kesilapan.

 

 

 

 

Sumber: Keluarga.my & Google (gambar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest