Kenali Personaliti Wanita Berdasarkan Warna Gincu Bibir

Lipstik

Ramai yang tahu warna itu mencerminkan pesonaliti setiap wanita. Biasanya kita akan memerhari rona busana kegemaran mereka dan menilai keperibadian mereka. Tapi, jarang kita tengok warna gincu apa yang mereka pakai kan? Sebenarnya, pemilihan warna gincu juga menunjukkan personaliti seseorang. Bukan sahaja kita dapat menilai orang berdasarkan warna gincu mereka, kita juga dapat mengetahui tentang diri kita sendiri. Jom tengok rona gincu yang selalu menjadi pilihan wanita-wanita di luar sana dan personaliti mereka.

 

COKLAT/NUDE

Best-nude-lipstick-for-different-skin-tones-at-drugstore

? Mudah didekati dan peramah

? Seorang yang jujur

? Ringkas dan tidak suka memperbesarkan sesuatu hal

Rona tanah tampak mudah dan praktikal pada bibir seseorang. Warna gincu ini sangat sesuai untuk ke temuduga kerja ataupun temujanji bersama klien/pasangan.

PIC/JINGGA 

peach-54-lipstick-barry-m-3

? Seorang yang sentiasa bersemangat dan bertenaga

? Ceria dan suka memeriahkan suasana

? Mudah dipercayai

Rona gincu ini merupakan signal yang seseorang itu bersedia untuk melakukan apa sahaja. Warna ini juga dapat mewujudkan satu aura yang membuatkan seseorang itu bertenaga.

MERAH JAMBU

pink-lipstick1

? Romantik

? Berjiwa lembut dan lebih feminim

? Berjiwa muda

Penggemar rona gincu ini merupakan seorang yang berani tetapi masih mempunyai sisi pemalu pada dirinya. Warna ini sesuai digunakan dalam suasana damai dan menenangkan.

MERAH

gallery-1442521039-redlipstick 

? Seksi

? Berani

? Berkeyakinan

? Gemarkan cabaran

Warna tepat untuk MOOD BOOSTER! Penggemar warna ini dilihat sebagai seorang yang kreatif dan mempunyai banyak idea.

PLUM/UNGU 

$_1

? Anggun dan mewah

? Romantis dan feminin tetapi mempunyai jati diri yang tinggi

? Logikal

? Tenang dan penyabar

Warna ini banyak digayakan oleh janda di sesetengah kawasan di barat. Sebenarnya, warna ini juga melambangkan seseorang itu berpersonaliti anggun dan penuh kemegahan.

.

.

.

.

Sumber : rapi.karangkraf & Google (gambar)

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest