Kerap Letih Atau Lesu?

badan letih dan lesu

BERASA letih atau lesu kerana melakukan kerja rutin setiap hari merupakan perkara normal yang dialami oleh semua orang. Artikel ini pula membincangkan secara ringkas beberapa punca lain keletihan atau kelesuan di mana setiap satu disusuli dengan cadangan ringkas untuk mengatasinya.

Mengambil karbohidrat proses secara berlebihan boleh menyebabkan anda merasa letih sepanjang hari. Apabila makanan bergula dan karbohidrat proses dimakan, ia menyebabkan paras gula darah melonjak dan berkurangan dengan pantas lalu menyebabkan anda merasa letih.

Untuk mendapatkan semula tenaga anda akan mengambil makanan/minuman bergula atau karbohidrat terproses. Setiap kali anda berasa letih anda akan mengambil karbohidrat proses dan kitaran ini berulang sepanjang hari.

Beberapa kajian mendapati mengurangkan gula dan karbohidrat proses ketika masa makan utama (sarapan, makanan tengah hari dan makan malam) serta dalam sajian snek membantu meningkatkan paras tenaga yang lebih baik.
Oleh kerana mengambil karbohidrat proses menyebabkan paras gula darah tidak stabil dan anda menjadi letih maka pilihlah makanan penuh (whole) yang dapat membantu meminimumkan peningkatan dan pengurangan paras gula darah.

Makan nasi (sukatan berpada-pada) dengan makanan berprotein (ikan atau ayam), berlemak dan berfiber (sayur-sayuran dan buah-buahan berantioksidan tinggi) pada setiap kali makan dipercayai membekalkan tenaga tanpa lonjakan/pengurangan paras glukos darah yang drastik.

Gaya hidup banyak duduk

Kurang bergerak di tempat kerja dan sering bermalas-malas sepanjang hari boleh menyebabkan anda mudah letih dan tidak/kurang cergas. Rasa letih dan kurang cergas dijadikan alasan oleh sesetengah orang bagi mengelak daripada bersenam.

Sebuah kajian menunjukkan faktor rasa letih sebagai sebab utama yang diberikan oleh golongan separuh umur dan berusia lanjut mengapa mereka tidak bersenam. Mereka sebenarnya mengalami sindrom lesu kronik (SLK) yang menyebabkan mereka berasa amat letih setiap hari.

Kajian lain menunjukkan kurang bertenaga dan kurang daya tahan (endurance) menghalang mereka untuk bersenam. Walau bagaimanapun sebuah kajian berbentuk semakan mendapati lebih daripada 1,500 orang yang bersenam berupaya mengurangkan kelesuan pada mereka yang mengalami SLK.

Untuk meningkatkan rasa cergas, anda hendaklah berdiri atau berjalan selama beberapa minit setiap sesetengah jam pada waktu kerja. Gantikan kehidupan bermalas-malas dengan aktiviti fizikal. Menggunakan tangga bagi menggantikan lif atau berjalan untuk destinasi jarak dekat merupakan antara aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan kecergasan.

Sensitiviti makanan

Masalah penghadaman, ruam, berhingus atau sakit kepala merupakan simptom-simptom berpunca daripada sensitiviti atau tak toleran makanan. Selain simptom-simptom tersebut, sebenarnya lesu merupakan simptom yang sering dilepas pandang.

Kajian menunjukkan kelesuan memberi kesan kepada kualiti kehidupan individu yang mengalami sensitiviti makanan. Makanan-makanan yang biasanya mencetuskan tak toleran ialah gandum (kerana kandungan gluten dan amylase trypsin inhibitor), produk tenusu, telur, soya dan jagung.

Mengamalkan diet penghapusan (elimination diet) iaitu dengan mengelak daripada mengambil makanan pencetus sensitiviti dikatakan kaedah paling sesuai untuk mengatasi sensitiviti makanan.

 

khasiat_kekacang berries-1546125_1920-300x200

Kurang kalori

Pengambilan makanan dengan jumlah kalori yang rendah sepanjang hari boleh menyebabkan kelesuan atau keletihan. Kalori ialah unit tenaga yang terdapat pada makanan.

Pengambilan kalori terlalu rendah memperlahankan metabolisme anda. Fenomena ini memperlahankan kadar penggunaan tenaga dan seterusnya berpotensi untuk menyebabkan kelesuan.

Sungguhpun tubuh anda berfungsi pada julat kalori tertentu bergantung kepada berat badan, umur dan faktor-faktor lain, namun kebanyakan orang memerlukan sekurang-kurangnya 1,200 kalori setiap hari bagi mencegah keperlahanan metabolisme.

Tubuh anda terdedah kepada kekurangan mikronutrien seperti vitamin, mineral dan pelbagai antioksidan jika pengambilan kalori harian anda terlalu rendah. Kekurangan vitamin D, zat besi, magnesium dan pelbagai nutrien lain juga boleh menyebabkan anda mudah letih atau lesu.

“Tubuh anda terdedah kepada kekurangan mikronutrien seperti vitamin, mineral dan pelbagai antioksidan jika pengambilan kalori harian anda terlalu rendah.”

Bagi memastikan paras tenaga sentiasa baik, elakkan daripada mengurangkan pengambilan kalori secara drastik termasuknya jika anda sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan.

Kurang makan protein

Kurang makan protein boleh menyebabkan anda letih atau lesu. Kajian menunjukkan pengambilan protein meningkatkan kadar metabolisme lebih tinggi berbanding pengambilan karbohidrat atau lemak.

Jadi, untuk mendapatkan metabolisme yang baik dan mencegah kelesuan, amalkan pengambilan protein yang berkualiti tinggi setiap kali anda makan.

Faktor-faktor Lain

Tidur pada waktu yang tidak sesuai, tidak cukup tidur, tidur terlalu lama, paras stres tinggi, kurang minum air dan terlalu bergantung kepada minuman air tenaga atau berkafeina juga merupakan punca berlakunya keletihan dan kelesuan.

Sebahagian kaum lelaki yang kerap beronani kerana ketagihan juga merupakan punca keletihan/kelesuan yang jarang-jarang dibincangkan. Jika anda bertekad meninggalkan kebiasaan yang memudaratkan kesihatan dan mengganggu kehidupan, lakukanlah dengan niat untuk mencapai mutu kehidupan keseluruhan agar menjadi lebih baik.

 

TIP: Perubahan gaya atau cara hidup termasuk mengambil makanan berantioksidan tinggi dan herba adaptogen seperti Ashwagandha, Siberian Ginseng, Horny Goat Weed atau Amla/Amalaki (cermai hutan) dapat membantu mengembalikan kecergasan dan fokus.

.

.

.

.

Kredit : sinar harian

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest