Kes Culik Anak, Kesalahan Yang Ibu Bapa Tidak Sedari

Apabila kes culik mula heboh di media sosial, ramai ibu bapa yang bimbang dan mula bersikap berjaga-jaga tentang anak mereka. Tapi, bila keadaan dah mula reda, ibu bapa mula mengambil lewa soal ini.

Ibu bapa dinasihatkan untuk tidak hanya risau ketika berita mengenai kes culik ini kecoh di media sosial. Kita harus sentiasa berwaspada dan elakkan daripada kesalahan ini yang tanpa sedar boleh menyebabkan anak menjadi mangsa kes culik. Minta dijauhkan!

 

Boy taking candy from stranger
               [ Boy taking candy from stranger ]

Lewat Ambil Anak 

Elakkan kebiasaan lewat mengambil anak daripada sekolah dan membiarkan anak-anak menunggu lama di pintu pagar sekolah. Ia membolehkan penjenayah menjangka rutin anda dan menjadikan anak anda sasaran mudah.

 

Tidak Kenal Rakan

Adalah lebih baik jika ibu bapa ambil tahu dan kenal dengan siapa anak-anak berkawan dan turut mengenali ibu bapa mereka dan butiran keluarga jika perlu.

 

Tidak Ingatkan Anak 

Ingatkan dan didik anak-anak anda untuk tidak mengikut atau menaiki kenderaan orang yang tidak dikenali walau pun mereka ditawarkan ganjaran ataupun mengaku rakan kepada anda. Ibu bapa harus mengulang pesanan ini pada anak dan tidak ambil mudah perkara ini.

 

Tak Ambil Tahu Aktiviti 

Pantau setiap pergerakan dan aktiviti anak-anak anda. Jika mereka menghadiri kelas tambahan di sekolah, telefon mereka untuk mengetahui perkembangan mereka ketika itu. Siapa tahu kelas tambahan dibatalkan dan mereka masih tidak pulang.

 

Leka 

Jangan ralit bermain telefon atau gajet ketika menemani anak-anak anda bermain atau ketika membeli belah. Ini akan memudahkan pejenayah melakukan kerja mereka.

 

Lepas Tanggungjawab Pada Sekolah & Guru 

Ibu bapa tidak harus meletakkan tanggungjawab memantau anak-anak pada guru dan pihak sekolah seratus peratus termasuk selepas sesi sekolah mereka. Selepas itu, waktu anak melangkah keluarga dari pintu pagar sekolah, ia merupakan tanggungjawab ibu bapa sendiri.

 

Kurang Bergaul 

Rajinkan diri bergaul dan mengenali dengan masyarakat terutamanya jiran-jiran anda. Minta kerjasama anda untuk membantu memantau anak anda dan anda juga boleh melakukan perkara yang sama untuk anak anda.

 

Lepaskan Anak Bermain Sendirian 

Jangan biarkan anda bermain sendirian walaupun di sekeliling taman perumahan. Temanilah mereka dan jika anda tidak boleh menemani mereka, minta mereka untuk bermain di rumah.

 

 

 

 

Sumber: Keluarga.my & Google (gambar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest