Ketahui Cara Mengurut Bayi Anda & Kebaikannya

urut-bayi2

Berurut bukan hanya milik orang dewasa, bayi juga perlu diurut. Mengurut bayi dengan lembut akan membuatkannya berasa lebih tenang dan relaks.

Mengurut bayi bukanlah sesuatu yang pelik kerana ianya sudah biasa dilakukan oleh ramai ibubapa. Mengurut bayi adalah aktiviti yang menyenangkan dan membuatkan kedua orang tuanya dapat berkomunikasi dengan bayinya secara fizikal mahupun emosi. Sambil mengurut dengan lembut, anda boleh bercakap-cakap dan menyanyi-nyanyi dengan bayi anda. Selalunya bayi anda akan membalas dengan senyuman, ketawa atau celoteh yang mengembirakan.

Bayi memerlukan ungkapan kasih sayang daripada ibubapanya. Salah satu cara untuk melahirkan kasih sayang tersebut adalah dengan mengurut bayi. Dengan cara mengurut yang tepat, bayi anda akan mendapat banyak manfaatnya.

 

Cara Mengurut Bayi

  • Mengurut bayi boleh dilakukan dengan mengusap-usap lembut pada kaki dan juga telapak kakinya. Kemudian ke bahagian belakang, dada, perut, lengan dan muka bayi.
  • Lakukannya dengan senyuman dan tatapan mata yang penuh kasih sayang kepadanya sehingga membuatkan bayi berasa selesa dan selamat.
  • Sebaiknya, sebelum anda mengurutnya, tatap dan belailah wajah bayi anda, seakan-akan anda sedang meminta izin untuk mengurutnya.
  • Mengurut ini boleh dilakukan pada bayi berusia di bawah setahun. Lakukan setiap hari pada pagi hari, ketika bayi bangun daripada tidur dan pada malam hari sebelum bayi anda tidur.
  • Jangan lupa membersihkan tangan anda sebelum mengurutnya. Selain itu, sebaiknya jangan pakai sebarang perhiasan seperti cincin atau gelang kerana ia boleh melukakan kulit bayi yang lembut. Baringkan bayi  anda di atas tempat yang lembut dan bersih. Pastikan ketika anda mengurutnya, bayi tidak berada dalam keadaan bayi lapar. Bayi tidak akan tidak menikmati urutan anda, sebaliknya akan menangis.
  • Sebelum mengurut, anda boleh melumurkan tubuhnya dengan losyen bayi yang lembut. Ketika mengurut,mulakan dengan sentuhan lembut, secara bertahap, tambah tekanan pada sentuhan anda yang sepatutnya untuk tubuh bayi yang lembut.
  • Mulakan urutan dari bahagian kaki. Bayi lebih suka diurut pada bahagian kakinya.
  • Kemudian teruskan urutan tersebut ke bahagian lainnya dan akhiri dengan bahagian belakang.
  • Jika bayi menangis, segera hentikan urutan. Boleh jadi bayi berasa tidak selesa kerana lapar, ingin didukung ataupun nak tidur. Setelah selesai, bersihkan tubuh bayi. Jika urutan tersebut dilakukan pada pagi hari, bolehlah terus memandikannya. Jika dilakukan pada malam hari, memadai bersihkan tubuh bayi dengan mengelapnya dengan tuala yang telah dibasahi air panas suam.

 

Kebaikan Mengurut Bayi

 

  • Kasih Sayang

Bayi akan merasakan kasih sayang dan kelembutan daripada ibu atau ayahnya ketika diurut. Kasih sayang merupakan perkara yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran bayi. Sentuhan hangat dari tangan dan jari ibu dan ayahnya membuatkan bayi merasakan kasih sayang tersebut.

 

  • Membantu Tumbesaran

Tumbesaran bayi seperti berat badan akan menjadi lebih baik dengan cara mengurut bayi. Malahan bagi bayi ‘premature’, berat badannya boleh bertambah sehingga 47 peratus dibandingkan dengan bayi yang tidak diurut.

 

  • Bayi Jadi Lebih Sihat

Dengan cara mengurut bayi, ia akan melancarkan perjalanan darah, membantu proses penghadaman dana memperbaiki pernafasan bayi. Malahan dengan mengurutnya juga boleh meningkatkan sistem pertahanan tubuh bayi.

 

  • Menguatkan Otot & Menenangkan

Mengurut bayi sangat bagus untuk menguatkan otot, di samping membuatkna bayi jadi lebih tenang. Bayi anda akan berasa lebih relaks sehingga boleh membuatkannya tidur lebih lelap, lebih lama dan tenang.

.

.

.

.

Kredit : wom

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest