Ketahui Punca Mengapa Bayi Demam Panas

demam

 

Demam bukan penyakit, melainkan tanda sistem pertahanan tubuhnya sedang aktif bekerja. Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

 

Bawa ke doktor dengan segera sekiranya bayi anda:

* Berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih

* Berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih

 

Mengapa bayi demam panas?

Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa bayi demam panas, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuklah:

  • selsema
  • sakit tekak
  • jangkitan telinga
  • jangkitan salur kencing
  • masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis
  • virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut

 

Oleh itu, ibubapa hendaklah prihatin dengan tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan bayi  anda diserang demam panas:

1. Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’).

2. Anak menjadi kurang aktif serta menunjukkan gerak balas yang perlahan apabila dipanggil,  menangis dalam keadaan yang lemah ataupun dengan nada tangisan yang tinggi seperti tidak selesa.

3. Kesukaran untuk bernafas, samada nafas yang laju ataupun nafas berbunyi.

4. Tidak makan atau minum seperti biasa.

5. Tanda kekeringan yang serius seperti kurang kencing serta bibir dan lidah yang sangat kering.

6. Demam yang melebihi 5 hari.

7. Suhu badan yang terlalu tinggi ; melebihi 38C untuk bayi kurang dari 3 bulan dan suhu melebihi 39C untuk anak-anak yang berumur antara 3-6 bulan.

8. Bengkak sendi dan angggota badan.

9.  Bengkak ubun-ubun untuk bayi kurang dari umur 1 tahun.

 

10. Sawan.

 

Petua merawat bayi demam panas

1. Pastikan anak kekal terhidrat dengan memberi mereka minum air putih yang cukup serta berikan mereka makan makanan yang berair seperti sup dan bubur. Jika bayi berusia bawah 6 bulan cukup dengan terus berikan bayi susu ibu dengan sekerap yang mungkin kerana susu ibu adalah immunisasi pasif yang membekalkan nutrisi lengkap pada bayi, kekal tersedia dan steril serta membekalkan antibodi untuk bayi melawan jangkitan yang dialami.

 

2. Pakaikan mereka pakaian yang longgar dan tidak tebal agar haba tidak terperangkap. Pakaian daripada kapas adalah pilihan yang terbaik kerana ia dapat menyerap peluh. Jangan bedung atau selimutkan anak yang demam.

 

3. Gunakan span atau kain yang dibasahkan dengan air dan ditekapkan pada tubuh anak untuk menarik panas keluar dari badan. Gunakan air suam dan tidak digalakkan untuk menggunakan air sejuk atau ais kerana ia boleh menyebabkan anak menggigil dengan lebih teruk dan boleh menyebabkan badan bertindak balas dengan menaikkan lagi suhu badan yang semestinya boleh membahayakan lagi anak anda. Tekapkan sahaja kain dan janganlah digosok kerana itu akan menyebabkan lebih banyak haba terhasil.

 

4. Boleh berikan anak ubat yang dibenarkan seperti Parasetamol (panadol syrup)  untuk kanak-kanak. Dilarang sama sekali untuk berikan anak Aspirin.Untuk kesan yang lebih cepat ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil ‘supp’ atau nama penuhnya ‘suppository’) digunakan.

 

5. Antibiotik juga boleh digunakan kerana ia membunuh kuman. Perlu diingat, penggunaan berlebihan atau secara tidak teratur akan menyebabkan kesan jangkamasa panjang yang buruk. Rujuklah ke doktor anda untuk maklumat lanjut.

.

.

.

.

Sumber dari : www.wom.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest